Mar 25, 2014

Usrah itu sangat sakit, sangat sakit!

Allahyarham ustaz Yahya Haji Othman. Aku tak berapa kenal beliau, jumpa apatah lagi. Tapi, bila baca kertas kerja beliau 'Usrah sebagai tunjang tarbiah gerakan Islam', ada sesuatu yang terkesan. Walhal, perkara tu dah tahu lama, cuma baru sekarang nak faham.

Antara perkara yang dikupas adalah tujuan usrah, iaitu :
1. Meningkatkan kefahaman anggota/ahli
2. Menambah penghayatan
3. Memperkukuh perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.

Aku tertarik pada huraian point yang kedua. Barangkali, point yang mungkin kita terlepas pandang, lebih-lebih lagi dalam era maklumat dihujung jari dan dunia bergerak dengan pantas. Huraian beliau dalam hal ini adalah :

'Seseorang yang tahu hukum sesuatu perkara belum tentu dia patuh atau tidak, yang diketahuinya lain yang dibuatnya lain. Untuk menghapuskan jurang antara pengetahuan yang tidak membuahkan perbuatan dan amalan, maka ditugaskan kepada majlis usrah supaya mengadakan sistem muhasabah, naqib diberi tugas supaya memastikan segala yang diputuskan tidak tamat setakat itu tetapi dikehendaki meneliti pelaksanaan hukumnya atau keputusan dan tindakan selanjutnya. Naqib bertanggungjawab tentang penghayatan anak buahnya kepada segala ilmu yang telah disampaikan baik yang berupa ibadah, muamalat atau akhlak. Muhasabah itu baik secara peribadi atau jamaie. Diperingkat ini menghafaz dan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwidnya sekali menjadi tuntutan usrah disemua peringkat. Begitulah memahami hadis-hadis dan kata-kata hikmah yang diperlukan.

Usrah ditugaskan untuk menimbulkan perasaan bertanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jamaie. Tanggungjawab peribadi hendaklah ditugaskan menunaikan secara sendiri seperti mendirikan hukum Islam didalam rumahtangga, menyusun masyaraktsetempat sekadar termampu. Secara jamaie pula meliputi mendirikan musolla atau surau, program gotong-royong dan sebagainya. Sesuai dengan sabda Rasulullah :


Maksudnya : Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya.

Usrah bukan majlis ilmu. 

"Enta ni liberal r kata usrah ni bukan majlis ilmu"
"Dah tu, lebih baik buat usrah dalam skala besar, lagi luas dakwah kita"
"Eh, jadi ceramah pulak kalau macam tu"
"Tahu pun"

Memang tak disangkal lagi daripada usrah lah kita peroleh ilmu yang tak diajar dalam bilik darjah. Tetapi janganlah kita sempitkan pemikiran kita untuk memperoleh ilmu sahaja. Seperti yang dinyatakan diatas, seseorang yang tahu sesuatu hukum atau ilmu belum tentu dia akan mengamalkannya. Maka disinilah naqib memainkan peranannya dalam memastikan setiap ilmu yang dikongsi bersama dipraktikkan. Jika tidak, usrah itu hanyalah sekadar si naqib memuntahkan ilmu dan si anak usrah menadah telinga menjadi pendengar yang setia. Tidak! Usrah tidak sepatutnya seperti tu. Usrah adalah tempat pembentukan jati diri dimana orang yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa.

"Kadang-kadang dakwah atau perkara yang kita sampaikan tak semua orang ikut atau buat bukan disebabkan mereka itu tidak dapat hidayah tetapi kita yang tidak praktikkan apa yang kita cakap", ujar salah seorang anak usrah.

Terkedu aku dibuatnya, rasa seperti hendak tamatkan sahaja usrah ketika itu. Rasa seperti dicucuk-cucuk hati aku ketika itu. Sangat sakit. Tetapi itulah hakikatnya, pahitnya sang ubat yang harus ditelan demi untuk sembuh.

Hal ini membuatkan aku berfikir panjang, agak-agaknya selama ni anak usrah aku faham tak apa yang aku sampaikan? Mereka amalkan ke tidak ilmu yang dikongsikan? Jika tidak, aku ni tak ubah seperti cakap kosong. Kata-kata anak usrah aku tu sungguh membekas dalam jiwa aku.

Suka aku jadikan potongan hadis di atas sebagai motivasi untuk terus bermujahadah bila rasa diri ini tak layak untuk membawa usrah dek diri ini yang serba kekurangan.

Hadis asalnya adalah berikut :

Daripada Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya."
(Riwayat Bukhari)

Bila terbaca hadis ni, teringat kisah naqib aku berkenaan naqibnya. Naqib aku menceritakan kesungguhan naqibnya dalam melaksanakan usrah lebih-lebih lagi dalam mentarbiyah dirinya kerana naqibku ini boleh dikatakan yang paling culas dan malas dalam usrahnya. Beliau tertarik akan kesungguhan naqibnya itu lalu terdetik untuk bertanya kenapa naqibnya itu begitu sungguh dalam hal ni. Lalu naqibnya menjawab :

" Jika ana tak tarbiyah enta, ana risau orang yang dipimpin enta akan rosak"

Usah mimpikan Daulah Islamiyah jika awal-awal lagi kita telah bantutkan pembinaannya.




About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

  1. maksud dialog yang terakhir tu sebabkan hadith yang anda bagi ke akh? dialog yang naqib kepada naqib tu cakap tu.

    ReplyDelete
  2. aah.. naqib kepada naqib tu berkata begitu berdasarkan hadith tu. Cuba gak cari tafsir hadith tu tapi xjumpa, kena pakai kitab fathul bari. yang ada sampai jilid 8 jah, complete punya sampai 14 tak silap, kalau ada share2 r.

    ReplyDelete

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com