1. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada wakil Aspirasi UKM kerana menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib, ini yang saya nantikan setelah Aspirasi Fakulti Perubatan mengeluarkan kenyataan untuk turut menyanggah hal ini. Walaupun ia sekadar kenyataan yang tidak mewakili seluruh Aspirasi (masih belum ada kenyataan rasmi) tetapi ia adalah satu perkembangan yang positif.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pilihan-raya-kampus-bukan-petunjuk-sokongan-bn-kata-pemimpin-pelajar

2. Bagi mereka yang sudah lama terjebak dengan politik kampus mungkin sudah tidak hairan dengan hal ini. Ini kerana isu ini sudah lama dimainkan seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin pada tahun 2012.
3. Saya yakin kita semua dapat bersepakat bahawa kita tidak suka gaya politik 'label-melabel' dengan mengatakan Aspirasi itu UMNO Kampus dan GM itu Pembangkang Kampus. Kerana apa? Kerana budaya yang dibawa oleh politikus-politikus negara kita ini kadang-kadang menjelekkan. Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa itulah hakikatnya. Sabar, jangan melenting dahulu. Teliti analisis senario saya ini, Kenapa Aspirasi mudah diberi ruang dalam universiti seperti Minggu Mesra Mahasiswa (orientasi)? Kenapa perangai budak-budak GM ini agak radikal terhadap pentadbiran? Saya yakin persoalan saya ini akan disangkal dengan hujah "Aspirasi membawa perubahan yang mengharumkan dan menaikkan imej universiti", kata penyokong Aspirasi. "Korang tak rasa apa yang kami rasa di sini, kami ditekan", kata penyokong GM.
4. Boleh saya katakan bahawa isu yang kita mainkan saban tahun agak remeh sehingga tidak bertemu titik penyelesaian. Ibaratnya kita bising bahawa GST ini membebankan walhal ia mungkin salah satu sistem yang efisien untuk kutip cukai dan ada juga negara yang GST nya lebih daripada 6% tapi kenapa tidak bising. Rupa-rupanya, gaji mereka juga dinaikkan, kita? Nampak tak, masalah utamanya bukan pada GST tetapi pada dasar ekonominya, ketelusan pemerintahannya. Kita benci mereka sampai menidakkan sesuatu perkara yang benar, kita pun dah macam zalim dah. Dalam hal ini, kita marah mereka kerana mereka ada kaitan dengan UMNO. Sampai sekarang hujah itu yang dipakai, 'Aspirasi UMNO Kampus' dan 'GM ada anasir luar'. Apa bezanya?
5. Merujuk kepada tajuk tulisan saya ini, saya berpendapat tiada masalah pun jika ia adalah hakikat yang sebenar. Bukankah ia adalah hak individu, hak kita untuk berbeza pendapat? Jadi, saya sangat tidak setuju jika sahabat GM saya melabelkan Aspirasi UMNO kampus, begitu juga sebaliknya. Berdasarkan makluman saya yang terhad, universiti luar negara seperti Washington University (klik disini), bukan sahaja membenarkan parti politik berjalan secara demokrasi dalam universiti, bahkan menyediakan garis panduan serta platform untuk meraikan sistem demokrasi ini. Tambahan, Dr Maszlee Malik juga ada mengatakan bahawa kelab untuk parti politik juga dibenarkan dalam universiti, ini secara tidak langsung menggalakkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik tanpa perlu dipaksa untuk menyokong sebelah pihak sahaja. Mahasiswa juga boleh menilai dengan rasional dan seterusnya mencambahkan suasana intelektual yang kritis.
6. Jauh sekali apa yang berlaku di Malaysia, parti politik dilihat sebagai satu ancaman dan jijik. Lebih-lebih lagi parti pembangkang. Saya melihat ketempangan ini adalah masalah utama. Saya tidak menuduh bahawa pihak pentadbiran tertinggi universiti berat sebelah terhadap sesebuah parti, tapi tindakan demi tindakan yang dikenakan sudah cukup memberi gambaran tentang hal ini. Saya berpegang pada falsafah universiti dimana pentadbiran tertinggi universiti harus berlaku adil dan bebas dalam memastikan fungsi universiti itu bergerak pada paksinya. Hal ini telah saya kemukakan dalam tulisan saya ini, Kenapa Muak Dengan Politik Kampus (klik disini) ?.
7. Jika ditanya apa prinsip saya, inilah jawapannya. Bersamanya saya dengan GM bukanlah untuk menentang Aspirasi tetapi untuk memberitahu kepada pentadbiran dan mendidik masyarakat bagaimana universiti sepatutnya. Jika Aspirasi berani menyanggah kenyataan Najib, berani-beranikanlah untuk memberi nasihat kepada pentadbiran agar tidak sibuk main sekali, ini playground kita. Bebaskan diri mereka daripada pengaruh politik dalam institusi ini. Jika ketagih sangat, berilah laluan yang sama luas dan pentas yang sama tinggi terhadap semua mahasiswa, jangan menampakkan sangat berat sebelah tu. Saya yakin, mahasiswa sudah besar dan mampu berfikir tanpa dikongkong oleh orang lain. Inilah perkara dasar yang mustahak untuk diberi perhatian. Jika betul untuk menjadi pendaulat amanah Negara, peganglah kata-kata bahawa masa depan negara terletak pada anak mudanya sekarang ini. Jika awal-awal lagi universiti ini telah dicabuli maruahnya, maka siapa yang lebih bacul sebenarnya? Mahasiswa tidak menjadi seperti apa yang dihasratkan apabila masuk ke universiti. Jika perkara dasar ini yang tidak diperbetulkan, hatta Pakatan Harapan sekalipun yang memerintah, kita tetap akan terus menentang akan hal ini.
8. Dikala kita sibuk bertelagah tentang perkara remeh ini, pro-M UM telah kehadapan untuk turun ke masyarakat, menjalankan tugas dan mengembalikan semula maksud 'MAHA' yang ada pada siswa. Rakyat perlukan kita, keintelektualan kita, kemahiran kita. Pro-M UM tidak perlu tunggu kertas kerja hendak diluluskan oleh TNC HEPA, mereka bergerak atas kapasiti sendiri. Itupun ada yang kata mereka ini bacul. Pro-M UM telah nampak hal ini maka sebab itu mereka memboikot pilihanraya kampus yang tujuan asalnya adalah untuk mendidik masyarakat kampus akan kepentingan politik. Kita pula sibuk memekik, walhal kampung sedang tergadai. Alternatif yang tinggal untuk memperbetulkan dan selamatkan institusi universiti hanyalah dengan jalan ke peringkat pusat terus, tak mustahil pro-M UM akan bertanding dalam pilihanraya umum. Nak harapkan Parlimen Mahasiswa? Parlimen Belia pun diam seribu bahasa. Negara-negara luar, anak mudanya yang menjadi ahli parlimen. Nak harapkan yang tua, asyik sibuk dengan konflik masing-masing.
9. Akhir kata, buat sahabat GM, jadilah seperti air yang bila ditekan akan mencari saluran yang lain. Tinggalkan yang keruh, ambil yang jernih. Bersama-sama kita menempuh arus untuk maju kehadapan. Saya terus setia menantikan meja bulat pro-M seluruh Malaysia!

Semua parti diberi ruang dalam media arus perdana (Singapura) |
Jika benar produk kita tulen dan asli,
Mengapa perlu haramkan produk lain,
Usah takut dengan bayang-bayang sendiri,
Teguhkan pendirian dan jangan main-main.
Post a Comment