Jun 12, 2013

Travelog : Cikgu Terhebat!

22 november 2010. Tarikh keramat bagi aku. Tersemat padu dalam memori. 

****


Medical School.
Alhamdulillah dikurniakan course ini. Tapi ada satu perasaan yang menyelubungi aku, "boleh ke aku duduk dalam course ni?". Dengan berperwatakan gila-gila, mujur dikurniakan satu kumpulan kawan yang boleh tumpang 'masuk air'. I'm never getting serious.


6 bulan awal harungi kehidupan bergelar sebagai 'budak medic'.  Pada awalnya suka, tapi ada satu perkara yang buat aku tak berkenan sangat. Hidup dalam expectation orang lain. High expectation.

Final Sem 1 exam begin. Pada 22/11/10, usai menjawab, aku bergegas pulang ke hostel untuk mendapatkan rehat secukupnya sebagai ganti overtime malam sebelumnya dan untuk malamnya pulak. Lepas asar, bergegas pulang ke Shah Alam, atas komitmen lain. Begitulah kehidupan aku dua minggu sebelumnya. 

Tiba-tiba hari tersebut....

"Amir, ko free tak sekarang?"
"Aah, aku tengah cuti. Ni aku dengan wan sekali."
"nice, korang datang kat federal highway sekarang. Ada problem sikit."
"ada apa bro?"
"Aku accident"


Alhamdulillah, mujur geng 6 wira ada. Seolah-olah mengerti. Tiada siapa lagi yang boleh aku harapkan. Umi dan abi pergi haji. 3 hari lagi balik ke Malaysia.

Sementara menunggu member, macam-macam aku fikir. Macam tak percaya, sepantas kilat peristiwa tu berlaku. Satu perkara paling bodoh aku buat adalah masa sebelum aku landing tepi jalan, aku lebih risaukan motor aku dari diri aku sendiri. Hati ada dunia, padan lah dapat 'bayaran cash'.

Rakyat Malaysia sungguh prihatin. Sampai ada seorang brader ni berhenti.

"Kau ok tak?"
Aku angguk jer, dah tak terdaya dah.

"Gila r, kalau dah macam ni sepatutnya boleh patah tulang. Syukur lah tak ada apa-apa jadi kat kau".


Aku tersentap.

Kami berbual sampai lah member aku datang. Pergi klinik, cuci luka. Kemudian, balik rumah ambil Unser umi aku pergi semula tempat kejadian. Dah tak fikir panjang dah time tu, apa nak jadi pun jadi lah. Mujur motor aku 'berlipat' sikit. Muat-muat sumbat dalam unser.


Malamnya baru fikir next step. Study untuk exam memang dah tak dan r. Aku fikir nak MC jer, tapi keadaan aku tak lah teruk mana. Terfikir gak, "kenapalah aku tak patah tangan?". Bodoh.

Terpaksalah geng 6 wira jadi driver aku setiap hari exam. Pergi exam jalan terhenjut-henjut. Masuk exam tunggu waktu exam habis je. Hasilnya, straight 4 module aku reseat.

*****

Pergi airport nak sambut abi dan umi. Jumpa je abi, "kenapa abang ada kat sini?. Abang kan tengah exam."

Fuh. Marah tanda sayang kot. Aku malas nak argue sangat.

*****

Total reseat paper 5. Cuti final year terpaksa digunakan untuk study. Bagai nak gila dibuatnya. Exam back to back. 2 paper satu hari. Allahurabbi.

Alhamdulillah, dapat naik tahun seterusnya. Tapi siapa sangka semangat untuk study gila-gila itu akan  berkekalan?

Tahun 2 kali ini, aku berjaya kumpul 5 paper lagi untuk reseat. Cuti macam tak cuti dari first year. Study memanjang. Sampailah exam praktikal terakhir. Beberapa jam sebelum exam bermula, aku dah rasa tak larat sangat. Muak. Aku pun telangkupkan kepala atas meja, pujuk diri aku untuk tidur, tapi hati tak tenang.

"zuhair tu tidur, dah habis study ke?"

Aku dengar tapi buat bodoh jer.

Hasil yang seperti dijangkakan, nama aku tak tersenarai dalam listname naik tahun. Aku dah prepare jiwa raga dah sebelum tu. Chill tambah redha.

*****
Housemate semua sibuk kemas barang. Aku senyum tanda bangga dengan diorang. Aku kena cuti selama 4 bulan untuk tunggu next batch, waktu tu kerjaan nak selaraskan sistem semua course. Cuti panjang yang tak pernah aku dapat telah aku dapat. Bagi memujuk hati yang tengah duka, aku dah plan cuti aku.


Pada hari tersebut aku pergi Ipoh untuk hadiri satu seminar perniagaan. Yang peliknya, punya lah nak lari masalah, sampai baju hujan pun aku tak bawak. Yang aku bawa cuma ipad untuk rujuk map. Tengah- tengah perjalanan, aku rasa nak give up dah sebab jauh sangat. Aku cari u-turn. Rupa-rupanya highway utara-selatan tu tak ada u-turn. Itu pun dah jauh. Tak kan aku nak patah balik. Tarbiah-tarbiah. Alhamdulillah, perjalanan 5 jam , 140km dengan motor tambah hujan akhirnya aku tiba di Ipoh.

*****
Pukul 11 malam, seminar belum selesai tapi terpaksa undurkan diri sebab kena fikir mana pulak nak merempat. Habis pusing satu bandar, semua masjid tutup. Manalah aku ada duit nak tidur hotel. Akhirnya, terpaksalah aku bersengkongkol dengan McD. Beli aiskrim dan berlakon buat kerja kononnya. Last-last terlelap atas meja.

*****
Usai solat subuh di masjid, aku terus bergegas pulang. Sungguh nikmat pagi itu. Dengan kabus yang tebal di highway utara-selatan yang berda di tengah-tengah bukit, terasa diri ni sangat kerdil. Kalaulah bukit tu runtuh, Allah...... Lemahnya diri ni, pada Yang Kuat sahajalah aku bergantung.



***** 
Tiba di KL dengan selamat, tapi motor pula meragam. Hantar pergi workshop, diagnosed enjin terbakar. Kena tukar block. RM1+++ terpaksa dilaburkan. Kalau pasal motor aku berkira tiada. Peneman sehidup semati. Dah ibarat macam 'awek' dah. Halal tiada haramnya. Itulah weekend cuti pertama aku.


*****
Minggu depannya, aku pergi faculty atas desakan kawan aku untuk refer paper. Jumpa kak khairun, kerani pejabat.


"zuhair, kamu sabarlah ea"
"tak apa kak, saya dah redo dah. Kak, kalau nak refer paper berapa kena charge?"
"kamu nak refer ke? Akak nasihatkan better tak payah sebab membazir jer. Kena ambil masa, then mostly resultnya tetap sama. Lagipun akak dah cuba sedaya upaya bantu kamu dengan kawan lain yang senasib dengan kamu. Kamu nak tahu tak? Nama kamu naik dalam meeting pentadbiran."
"Eh, kenapa pula? Saya ada buat apa-apa masalah ke?"
"tak, kamu tu lagi satu markah nak lulus module yang awak kantoi tu, Blood and Lymph kan? Semua doktor dah recheck, tak ada part yang boleh tolong katanya. Kalau akak, akak dah bagi jer. But, you know there some Drs very strict."


Allahurabbi. Terkedu aku dalam hati. Kalaulah...........

****

Masuk hari ini, sudah selesai 3 paper theory. Lagi satu paper theory then OSCE, OSPE. Ketika ni lah mengingatkan aku masa dahulu. Sangat-sangat menguji survivority. Ada orang dah mula buang senjata padahal OSPE masih boleh kaut markah yang 'satu' tu.

Orang lihat kita macam kuat, tapi itu hanyalah manifestasi kesungguhan kita untuk mengatasi kelemahan kita. Pengalaman lalu cukup mengajar aku banyak perkara. Walau apa jua berlaku, never lose hope to Allah. 

Ketika jelajah ke Ipoh, terasa begitu terhimpit. Tiada Fb, twitter untuk aku mengadu. Hanya kepada Allah Yang Maha Kuat sajalah tempat aku mengakui kelemahan diri ini.

"zuhair, aku tengok ang dalam exam hall rancak menulis"

Padahal, mostly banyak goreng. Orang expect aku yang repeater should be more knowledgeable. Aku lebih mengenali diri sendiri. Semangat untuk berubah itu tetap ada.

Fikir-fikir balik, "layakkah aku?"
Secara jujurnya aku lebih minatkan nombor-nombor. Tapi aku tekad nak bantu orang. Aku kadang-kadang tak tahan lihat abi umi sakit. Sampai aku beritahu umi,


"umi, cepat-cepatlah pencen"

Sebagai anak sulung lelaki, agak akward atau dramatic untuk aku show concern aku terhadap kesihatan abi umi. Macam dalam drama selalu buat. Mungkin aku ego kot. Tapi aku rasa inilah wasilahnya untuk aku sendiri menjaga mereka kelak. Neurosurgeon sub paeds tetap aku buru.

"If Allah helps you, none can overcome you ; and if He forsakes you, who is there after Him can help you. And in Allah (alone) let believers put their trust"
Aali-Imran : 160


video

Which one are you?

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com