Seawal lapan pagi lagi, saya dah kena kira stok yang ada dan susun tempahan untuk dihantar kepada pelanggan. Kemudian, saya kena buat packaging untuk memenuhi tempahan yang tidak cukup lagi. Selesai semua itu, dimasukkan semua stok ke dalam van dan sedia untuk dihantar. Selesai hantar tempahan, saya kena deposit check dalam akaun. Pulang ke kilang, kena bersedia untuk rutin harian seterusnya. Begitulah hidup sebagai pekerja, walaupun agak penat, tetapi banyak ilmu yang saya pelajari. Perjalanan untuk hantar tempahan kepada pelanggan di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan kadang-kadang ke Kuala Lumpur saya manfaatkan untuk mengorek sedikit demi sedikit ilmu bos saya. Mana tidaknya, setiap hari saya kena deposit check yang bernilai hampir SERIBU! Kadang-kadang boleh mencecah RM2K. Itu baru satu hari, cuba bayangkan kalau sebulan? Syarikat yang saya maksudkan adalah Syarikat D'Kochet.
Awal sem lepas iaitu sekitar bulan Ogos, saya telah mempraktikkan ilmu yang saya peroleh dan Alhamdulillah, sampai sekarang masih ada lagi permintaan. Oleh itu, saya yakin dengan ilmu yang saya peroleh dan telah saya praktikkan, orang lain juga boleh manfaatkan bersama. Ayuh kita teliti 4 langkah tersebut!
1. PEMILIHAN PRODUK
Hari ini ramai yang berniaga, jadi persaingan makin sengit. Bagi mengharungi cabaran ini, produk kita haruslah unik, lain daripada lain atau dalam kata lain, ada Unique Selling Proposition (USP). Contohnya, syarikat bos saya, keunikan yang ada pada produknya adalah resepi atau ramuan turun temurun yang sudah terkenal di Johor dan syarikat asasnya bertapak di sana sehingga produknya dieksport ke Singapura. Selain daripada itu, semua produknya dibuat secara manual seperti karipap yang kebanyakan orang buat guna acuan mesin tetapi kilang bos saya tidak. Malah saya sendiri pernah buat kelepit karipap itu juga. Jangan terkejut ada pelanggan yang cerewet sehingga menitik beratkan hal ini.
Jadi, keunikan produk saya adalah sangat luar biasa dimana ia memenuhi kekurangan yang sedia ada yang saya sendiri rasa. Binding dengan harga RM2.50 semata-mata untuk case write-up amat terasa, bukan sekali kita nak buat, berkali-kali dan selepas itu dibuang begitu sahaja. Maka, dengan beli sekali sahaja Clear Folder ini kita dapat jimat berkali-kali, malah boleh diguna untuk perkara lain juga. Oleh itu saya menawarkan produk ini yang mana saya yakin mereka sangat memerlukan dan merasai apa yang saya rasa.
2. TEST MARKET
Sebelum bos saya mencapai kejayaannya sekarang ini, ada beberapa fasa yang beliau perlu lalui iaitu Test Market. Fasa awal, beliau hanya menjual dari rumah ke rumah. Ketika itu, suaminya akan naik motor sebelum pergi ke kerja dan hon macam orang yang jual roti tu untuk menjual produknya itu. Hari pertama agak susah sikit, keesokannya pelanggan sampai terpekik-pekik memanggil untuk membeli. Itu tandanya produk ada market. Fasa kedua, beliau cuba jual di Pasar Karat Shah Alam pada setiap minggu. Alhamdulillah, selama tiga bulan, beliau sudah ada pelanggan tetap yang tempah secara longgok. Sekali lagi, itu tandanya produk ada market. Kemudian, barulah beliau membuat keputusan untuk menyewa sebuah kilang untuk buat perniagaan dalam skala besar. Nampak tak? Beliau tidak secara gelojoh untuk buat secara besar-besaran.
Cara yang saya guna pula, saya cuba jual kepada kumpulan yang kecil dahulu sebelum saya iklankan secara besar-besaran. Alhamdulillah, dalam kumpulan sasaran saya, saya dapat kumpulkan pelanggan yang cukup untuk kembalikan modal saya. Itupun sudah cukup menggembirakan saya. Saya tak kejar untung, yang saya nak tahu adalah adakah produk saya ada market? Kemudian, barulah saya memberanikan diri untuk buat iklan secara umum yang menyebabkan sehingga kini masih ada permintaan.
3. MARKETING
"Saya tidak buat marketing sangat, marketing saya mulut ke mulut", kata bos saya dengan selamba. Itulah impaknya apabila produk kita ada market, benda baik pasti orang akan perkatakan. Kita nak berniaga ni perkara paling penting adalah untuk menyediakan yang terbaik untuk pelanggan. Sampaikan bos saya pernah ceritakan ada pelanggan yang mengadu produknya itu rosak sebelum digoreng lagi, tanpa berlengah-lengah beliau terus menggantikan semula, siap digorengkan sekali kerana pelanggannya itu hendak menggunakan produk itu dalam suatu event.
"Saya tidak buat marketing sangat, marketing saya mulut ke mulut"
Saya pula, lebih kurang mulut ke mulut juga. Selepas saya buat iklan yang pertama, saya sudah tidak buat iklan lagi. Tetapi selepas itu satu persatu pelanggan order setelah melihat orang lain menggunakannya. Yang sebaiknya adalah kita tetap terus mengiklankan dan meningkatkan jualan kita, tetapi kekangan masa yang saya hadapi, saya terpaksa berhenti sekejap.
4. NETWORKING / AFFILIATE
Bos meluaskan jaringannya dengan mengadakan kerjasama dengan syarikat Az-Zain dimana beliau akan menggunakan produk ayam Az-Zain untuk digunakan dalam penghasilan produknya. Bagusnya syarikat Az-Zain ini, syarikat ini ada kedai cawangan di pelbagai tempat. Jadi, bos saya hanya perlu hantar produknya ke kedai utama Az-Zain, dari situ produknya akan diagihkan kepada kedai-kedai cawangan yang lain. Ini secara tidak langsung dapat meluaskan market. Mana saya tahu? Memang sudah kerja saya yang kena hantar dan beli barang daripada syarikat Az-Zain ni.
Saya pula tak terfikir akan hal ini, maklumlah baru bermula. Tetapi ada seorang sahabat saya yang dapatkan order sebanyak sepuluh set! Saya pun agak terkejut, tandanya ada market tu. Maka, sebagai insentif, saya bagi satu set percuma untuk dia. Cara ini seperti sistem affiliate atau ejen jualan yang akan diberi komisen berdasarkan jualan. Dengan itu, saya menetapkan siapa yang berjaya order sebanyak sepuluh set, saya bagi PERCUMA satu.
Berikut gambar testimoni dan produk yang saya jual.
Produk yang isteri saya jual pula ====> Blouse Labuh.
Semoga bermanfaat, jika ya, sila SHARE supaya orang lain juga dapat manfaatnya.
Zuhair Masiran,
#misiluarbiasa
Berikut gambar testimoni dan produk yang saya jual.
Produk yang isteri saya jual pula ====> Blouse Labuh.
Semoga bermanfaat, jika ya, sila SHARE supaya orang lain juga dapat manfaatnya.
Zuhair Masiran,
#misiluarbiasa
pergghhhhh!!!!
ReplyDeleteterbaikk
ReplyDelete