Ekspedisi yang tak terancang namun telah ditetapkan Allah. Itulah dia 6 Wira, pantang betul kalau cuti pada waktu yang sama, ada sahaja benda yang nak dibuat.
8 jam sebelum waktu bertolak (4.00 am), bermula dengan ajak-ajak kosong.
"Jom naik Bukit Kutu?", ujar master plan yang bersemangat waja, Wan.
Itulah hobi baru kami. Bukit Kutu menjadi target kami setelah kami berjaya tawan Bukit Tabur. Tapi, angan-angan tu kami pasang dah beberapa bulan atau mungkin setengah tahun yang lepas. Kekangan masa dan komitmen masing-masing dalam pelajaran menjadi faktor utama ekspedisi ini tertangguh. Mampir terlupa!
Pada mulanya, aku ingatkan ajak-ajak ayam jer Wan ni. Dapat panggilan seterusnya, aku ditugaskan untuk buat sedikit research pasal Bukit Kutu. Berapa lama tempoh nak ke puncak, berapa meter, checkpoint2, halangan2 dan sebagainya. Terkejut beruk aku. Tapi itulah yang membuatkan aku tersenyum, ukhuwwah merentasi samudera.
"Ok, set! Pukul 4.00 am dah ada kat rumah aku, kita terus gerak", tegas Wan.
Entah dari mana kekuatan datang nak bangun awal-awal, padahal malamnya bersengkang mata cari maklumat. Alang-alang bangun, tahajud kejap. Risau juga dengan plan adhoc ni.
Plan perjalanan Amir incharge. Seperti yang dirancang, kami Subuh berjemaah di RnR. Macam biasa, orang yang paling bersemangat adalah master plan, Wan.
Lagi 2 orang sibuk bekerja. Tinggal kami berempat. |
Di sebalik semangat Wan, ada kisah lucu yang tersirat yang dapat diambil ibrah daripadanya. Berdasarkan maklumat yang aku peroleh, tempoh nak ke puncak adalah sekitar 3-4 jam. Itupun kalau tak sesat. Dan bukit ni curamnya sama curam seperti gunung. Namun, langsung tak mematahkan semangat kami.
Di awal ekspedisi lagi kami sudah diuji. Kami sesat. Mujur jumpa dengan orang asli, katanya jalan yang kami ambil tu akan menuju ke air terjun, bukan ke puncak. 1 jam kami burn untuk patah balik dan ambil simpang yang lagi satu. Berdasarkan maklumat, kami kena merentasi 3 anak sungai. Jumpa anak sungai yang pertama sangat melegakan kami, kami telah kembali ke JALAN YANG BENAR. Kami berhenti sebentar untuk nikmati keindahan alam. Sungguh menenangkan, Subhanallah.
Anak Sungai Pertama |
Anak Sungai Kedua |
Anak Sungai Ketiga (kot) |
Setelah 4 jam mendaki, tiba-tiba Wan,"Guys, kita turun nak? Dah nak hujan ni, ni mesti jauh lagi nak sampai puncak".
Keimanan Wan teruji! Kami agak tersentap juga. Puas kami pujuk Wan, beri semangat. Sampai je tempat yang landai sikit, kami rehat. Sikit-sikit kami naik. Barang-barang Wan kami tolong bawakan semata-mata nak bagi Wan kurang beban untuk naik. Sudah separuh jalan, perjuangan mesti diteruskan.
"Wan, lagi sikit jer wan".
Ada juga berselisih dengan hiker yang hendak turun, siap dengan bag galas, bermalam barangkali. Kami tanya agak-agak berapa lama lagi nak ke puncak. Jawabnya setengah jam lagi, dengan sisa semangat yang berbaki, kami berkoba-koba untuk teruskan perjalanan. Setengah jam tadi sudah pun berlalu, namun masih tidak ketemu lagi puncaknya.
"Bila nak sampai ni? Kalau pergi air terjun tadi mesti dah sampai", Wan mula merepek.
Hujan renyai pun turun. Kami bergegas cari tempat berteduh, hujan di kawasan bukit agak bahaya bagi kami yang masih amatur. Sejurus hujan berhenti, kami meneruskan pendakian. Tak lama kemudian kami jumpa sinaran matahari, ala-ala lubang cahaya 'keimanan' jalan keluar bagi kami yang sedang 'kesesatan'. Namun, moral Wan terus merudum. Amir terus maju dengan harapan untuk melihat puncak. Aku dan Edan terus memotivasi Wan. Tiba-tiba...
"Oooooooooooiiiiiiiiiiiiihhhh!!!"
Jeritan dari atas. Kami meyahut jeritan itu. Alhamdulillah, tandanya sudah hampir sampai ke puncak. Wan kembali hidup, kami dengan pantas mara ke hadapan. Sekumpulan hiker yang sudah berada di puncak yang menjerit kepada kami tadi seakan-akan menantikan kedatangan kami, begitulah perasaan pendaki, mempunyai matlamat yang sama untuk sampai ke puncak. Ia bagaikan satu kemenangan yang mesti diraikan bersama! Alhamdulillah. Kami bertahniah sesama sendiri atas kemenangan ini.
"Nak mendaki stamina tak kira sangat, yang palin penting mental", well said Edan.
Kami raikan kemenangan ini dengan menjamah makanan yang kami bawa. Inilah hadiah kami, selagi tak sampai puncak, selagi tu jangan harap nak makan. Di situ terdapat tiang bangunan tinggalan di mana menjadi camp site untuk hikers.
Sesudah itu, kami pun naik ke atas. Kami pandang sesama kami, senyum tak terkata. Subhanallah.
*********
Islam mengajar umatnya untuk menjadi Umat Islam yang hebat dengan mempunyai kepercayaan yang luar biasa.
Allah wujud tapi kita tak nampak. Kita melaksanakan perintahNya untuk mendapat redhaNya.
Syurga wujud , mati itu pasti. Maka kita bersungguh untuk beramal ke arah itu. Kalau esok mati? Bagaimana amal kita?
Lailatul Qadr itu janji yang pasti. Tapi tak pasti bila, 10 malam terakhir? Malam ganjil? Malam genap? Ia bukanlah malam yang dinanti, tapi malam yang perlu diburu. Maka dari awal Ramadhan kita sudah bekerja keras untuk mengejarnya. Kita diberi hint Lailatul Qadr berada pada 10 malam terakhir. Mungkin pada awalnya enjin kita tak panas lagi, so masih ada peluang untuk all-out pada waktu ni.
Malulah kita sebagai orang Islam yang mempunyai kepercayaan yang biasa-biasa sahaja seperti kepercayaan Yahudi yang hanya percaya bila nampak sahaja:
".. Kami tidak akan sekali-kali beriman kepada kamu sehinggalah kamu tunjukkan kepada kami Allah itu secara terang dan nyata..." (Al-Baqarah 2: 55)
Semoga selepas graduate Ramadhan kali ni kita mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang luar biasa.
-Puncak itu ada, tapi tak tahu bila nak sampai-
Bangunan Tinggalan (monumen) |
Hikers |
Ekspedisi seterusnya? |
Tawan G7 pula pasnih.^^
ReplyDeletenak nanges dah rasa... the best moments that i had... :)
ReplyDeletejom, tawan india. ada bran? hoho
ReplyDelete