"Over the years I've learned that my patients are people who can live an entire lifetime in six months or a year. What they do with this time represents a much higher quality of life than that enjoyed by 'normal' people who are caught up in the trivia of day-to-day, and not really focused on what is important. When you are given a year with the people you love, you don't squander the gift. You don't sit around playing video games or watching reruns -- not if you have a young son or daughter with whom you need to build a relationship they will remember for the rest of their lives, or a spouse you might fall in love with all over again."
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi
wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun
berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika
naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak
tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar)
kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada
hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda
menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya:
Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga
diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga
kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di
sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun
mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata
lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah
seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku
pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
Apa kaitannya antara kedua-dua fakta ini?
Dalam buku Brain
Surgeon, Dr. Keith
Black menceritakan bagaimana kehidupan kebanyakan pesakitnya yang menghidapi
kanser otak. Bagi penghidap kanser, mereka akan diberi prognosis dimana setiap jenis kanser ada
tahap survivalnya yang tersendiri. Ada jenis kanser yang tipis survival rate untuk terus hidup. Ada jenis
kanser yang mempunyai 100% 5-years
survival rate (hidup lagi 5
tahun). Jika kita selami
hidup sebagai pesakit kanser, mungkin kita faham betapa pentingnya masa yang
berbaki sebelum kita pergi selama-lamanya. Apa-apa pun itu semua bergantung
pada takdir Allah, kita hanya merancang.
Begitu juga halnya bagi kita, muslim yang sedang mengharungi bibit-bibit akhir Ramadhan ini. Dalam forum yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam subuh tadi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengingatkan bahawa hadis tersebut merupakan benchmark bagi kita dan penentu siapakah kita selepas Ramadhan nanti, sama ada seorang mukmin atau munafiq. Ini bertepatan dengan ayat Quran, Al-Baqarah : 183.
"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa."
'..moga-moga' di sini bermaksud tak confirm lagi, takut-takut tergolong dalam golongan yang celaka seperti dalam hadis tersebut. Nauzubillah.
Dalam tempoh Ramadhan yang berbaki ini, marilah kita sama-sama jadikan setiap saat kita untuk fikirkan mendapat keampunan Allah. Amalkan kebaikan, berperang untuk menjinakkan nafsu kita yang menjadi penghalang bagi semua ini. Ya, kita sedang berada dalam keadaan yang kritikal!
boleh pinjam ni :)
ReplyDelete