Oct 11, 2013

Islam but not Muslim

"Can you tell me about Syiah?" asked Tomo to me and Khairol at Balai Kesenian Islam.
Speechless.

Jangan disangkakan orang tiada agama atau Atheis ni tidak berminat pada agama. Dalam diri mereka ada banyak persoalan yang tidak terjawab, menyebabkan mereka banyak bertanya untuk mencari kebenaran. Bukan salah mereka tidak beragama, mereka orang yang sentiasa berusaha mencari kebenaran. Cumanya dalam pencarian mereka, mereka masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan 'sang pencerah' atau 'si rahib' seperti dalam kisah as-habul ukhdud.

Menariknya dalam kisah ashabul ukhdud ni, si ghulam(remaja) memilih Islam atas dasar hatinya tertarik untuk mendalami Islam melalui berguru dengan si pendeta/rahib. Padahal ketika itu si ghulam merupakan anak murid tukang sihir. Sampai satu masa, apabila si ghulam bertembung dengan seekor binatang yang besar seakan raksasa sehingga menghalang laluan orang ramai, si ghulam ingin menguji antara ilmu tukang sihir dan si rahib manakah yang benar. Dengan izin Allah, binatang itu mati apabila si ghulam mempraktikkan ilmu yang diajar oleh si rahib. Lalu, si ghulam terus dengan Islamnya serta menyebarkan Islam itu sekali.
Dalam pemerhatian yang dibuat, mereka yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran ini sangat dekat dengan ciri Islam itu sendiri. Contohnya soal menepati masa. Rasa nak tergelak bilamana kami minta kawan Jepun kami untuk tunggu di hadapan sebuah kedai sementara itu kami solat. Usai solat, sharp betul mereka ada di depan kedai. Wow!

Teringat kata-kata, "Islam di negara bukan muslim".

Mengagung-agungkan negara bukan Islam jauh sekali. Namun jika terdapat kebaikan yang boleh dimanfaatkan, apa salahnya. Tidak kiralah dari barat ke, timur ke, selatan ke. Hikmah itu adalah permata Islam yang tercicir, maka layaklah bagi kita untuk mengutipnya.

Muhasabah.

Bila ditanya soalan pasal Syiah, aku menyoal diri aku, cukupkah ilmu aku untuk menerangkan kepada mereka. Aku jadi serba salah. Islam itu agama wahyu, wajib bagi kita untuk memahaminya. Dengan ilmu jualah bekalan untuk kita sampaikan Islam.

Semoga fitrah kita sebagai hamba yang berTuhan memandu kita untuk terus mengembara mengenal Allah dengan menyahut seruanNya yang pertama iaitu BACA. Seterusnya menghasilkan buah amal yang memberi manfaat kepada orang lain seperti berdakwah.



About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

3 comments:

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com