Nov 22, 2013

Kecelaruan Fikrah?

Jika dahulu idea kita bertentangan dengan orang lain merupakan suatu perkara yang mengelirukan, tetapi hari ini, aku lihat ia adalah suatu yang DINAMIK!

Itulah yang dikatakan Third Wave, gelombang yang mencabar Second wave yang prinsipnya lebih kepada Mass Production di mana aliran pemikiran adalah bersifat satu hala dan selain dari itu di kira mengelirukan.

Sahabat,
Hari ini kita berada di era maklumat di hujung jari, Gen Y tidak boleh dipisahkan dengan internet yang padanya terdapat pelbagai maklumat. Hilang punca online, boleh mati kutu dibuatnya. Itu baru putus hubungan dengan internet, kalau dengan Allah? Tak ke gila dibuatnya.

Keadaan hari ini telah membentuk pemikiran Gen Y ataupun masyarakat sekarang ini supaya bersifat kritis, dimana setiap maklumat yang diperoleh akan dipersoalkan kesahihannya dan kualitinya seterusnya akan menghasilkan idea. Dan tidak hairanlah akan berlaku pertembungan idea. Untuk menghapuskan perbezaan pendapat adalah mustahil dan antara penyelesaiannya adalah meraikan idea tersebut serta dipandu kearah yang betul. Selain itu, suasana ini juga akan mencetus diri kita untuk terus membaca buku dan mengkaji dengan lebih mendalam.

Persoalannya disini, adakah sudah cukup kita mempunyai pelbagai maklumat?

Renungilah pepatah arab ini, 'Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'.

Kecelaruan maklumat menuntut kita untuk pergi ke fasa seterusnya iaitu dalam memproses maklumat menjadikan ia sebagai ilmu pengetahuan.

ILMU dan AMAL

Uniknya bahasa arab bila kata dasar sesuatu perkataan ditukarkan susunan huruf akan menjadi makna yang lain tetapi tetap akan berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, perkataan ILMU (ain, lam, mim) menjadi AMAL (ain, mim, lam). Kedua-dua perkataan ini mempunyai huruf yang sama tetapi maksud atau makna yang berbeza. Apa kaitannya? Jika kita fahami disiplin dalam berilmu adalah beramal. Setiap ilmu itu buahnya adalah amal. Tanpa amal, ia sekadar maklumat. 

Di akhirat nanti, Allah tidak akan nilai berapa banyak ilmu kita, tetapi AMAL!.







About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com