Sesebuah organisasi itu tidak akan bergerak tanpa ahlinya. Ya, memang tidak dinafikan tentang hal ini. Namun, persoalan yang timbul adalah antara kuantiti dan kualiti mana yang perlu diberi perhatian?
Di kampus khususnya, terdapat pelbagai jemaah dan bohonglah kalau jemaah2 ini tidak berebut dalam mengkaderkan ahli yang baru. Kepentingan ahli untuk generasi seterusnya sangat penting dalam meneruskan gerak kerja, contohnya dakwah. Maka, mekanisme yang paling terbaik adalah melalui usrah. Dalam pemerhatian aku, dalam sibuk kita mengejar ahli baru, ada sesuatu perkara yang membuatkan hati aku tak berapa sedap. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Atas tidak kesedapan hati aku, maka aku cuba mencari punca. Aku cuba teliti anak usrah aku sendiri. Seperti biasa, juadah perlu disediakan untuk menarik hati mereka ini. Alhamdulillah, starting dah ok, kemudian kita selitkan ilmu yang kita ingin sampaikan. Lama-kelamaan, ia seakan tidak menjadi. Bukan kedekut untuk belanja, tapi sampai bila?. Aku mengkaji lagi, atas kesedaran aku terhadap Gen Y, maka aku cuba mencari maklumat, research mengenai Gen Y. Jawapan yang aku cari seakan aku temui. Gen Y hari ini berada dalam zaman yang mencabar minda dan tak layan dengan benda-benda yang sweet2 ni. Itu berdasarkan pemerhatian aku, tak tahulah jika ada yang berbeza pendapat dengan aku. Untuk mengesahkan aku punya pendapat, maka aku teliti setiap mereka yang berada dalam gerabak dakwah ini. Aku cuba fahami adakah mereka ini terlibat dalam perjuangan atas sebab 'kebaikan' para naqib atau atas dasar kefahaman? Aku cuba teliti output dari segi keterlibatannya sama ada hanya sekadar menjadi lebih baik untuk dirinya sendiri atau sekadar menjalankan program atau punyai cita-cita untuk memperbaiki umat?
Suka aku kongsikan cara sahabat atau layak aku gelarkan beliau sebagai naqib aku. Bila aku teringatkan balik, sepanjang perkongsian ilmu dengan beliau aku tidak pernah merasa seperti aku didoktrinkan malah fikiran aku di'rosakkan' lagi yang membuatkan aku semakin berfikir dan terus mencari. Ada persoalan yang dibiarkannya aku cari sendiri. Dibawanya aku ke program PAS, IKRAM, ABIM, HALUAN, cuma ISMA saja yang belum lagi. Masa tu baru sedar ada banyak jemaah kat Malaysia ni. Kenapa? Disuruhnya aku cari sendiri dan pelbagai perkara yang aku tak setuju dibawa berbincang. Sebelum dikaderkan, aku tak pernah diusrahkan secara formal, semuanya dibuat secara temubual dan perbincangan. Mungkin itu lebih cocok dengan diri aku. Pointnya disini, pengkaderan itu perlu dilaksanakan atas dasar kefahaman dan bukannya dengan doktrinisasi. Kalau tak, sesuatu jemaah itu hanya timbul dek buih-buihnya dan bila meletup maka tenggelamlah jemaah itu.
Bukankah umat yang terbaik itu adalah umat yang memberi manfaat?
Aku setuju dengan pendapat Fathi Aris yang mengatakan usrah ini memamg telah mencapai objektifnya untuk membentuk orang menjadi baik tapi belum cukup untuk berbakti, lebih-lebih lagi dalam mendokong matlamat untuk mewujudkan negara Islam. Hakikatnya, negara itu tidak terbentuk hanya dengan wujudnya orang yang baik-baik sahaja. Malah lebih dari itu. Bila cakap pasal negara, ada ekonomi, perundangan, pendidikan, ideologi dan sebagainya. Tapi perkara yang dibincang tidak menjurus kearah itu. Maka atas dasar itu, aku rasa dilema untuk mengkaderkan anak usrah aku. Mereka punyai potensi tetapi risau sistem akan mematikannya.
Mulakan langkah kecil.
Naqib aku telah melakar sejarah dengan melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Bagaimana pula dengan aku? Semoga aku diberi kekuatan untuk memperbaiki apa yang patut, biarlah nampak seperti tidak melakukan apa-apa dan mengkritik tak habis-habis kerana amal yang kecil itu dilihat oleh Tuhanku yang Maha Melihat. Bukan sahaja memperbaiki sistem malah diri sendiri juga. Banyak kerja perlu dibuat, sudah tiada masa untuk buang masa.
Post a Comment