Pelik.
Nabi Muhammad sudah dijanjikan syurga baginya. Tapi, solat sampai bengkak2, sibuk mengajak kepada kebaikan, berkorban memperjuangkan agama, membantu mereka yang dalam kesusahan. Biarlah dihentam, dicaci, dimaki, tapi masih terus menyampaikan kebenaran.
Tidakkah kita terfikir, megapa baginda masih 'degil' untuk lakukan semua ini?
Baru-baru ini, aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan Alex Koh dan Xifu Naser dalam sebuah forum. Usai forum, banyak hal yang kami bincangkan dan aku sempat bertanya kepada Alex Koh yang merupakan presiden Persatuan Darul Fitrah tentang apa yang membuatkan dia revert kepada Islam. Sungguh pengalaman beliau dalam mencari kebenaran sangat adventure. Bermula sebagai penganut Buddha kemudian seterusnya Christian, ada masa juga menjadi seorang Atheis. Kadang-kadang dia mempersoalkan dimanakah Tuhan. "I knew there is God but where are You? Show Yourself!", sampai begitu Alex persoalkan Tuhan dan yakin akan adanya Tuhan dan itulah spiritual journey beliau dalam mencari kebenaran. Atas dasar keyakinan itu, dengan azamnya beliau kini bergerak bersama persatuan Darul Fitrah dan persatuan ini sedang sibuk menterjemahkan Al-Quran ke bahasa cina semata-mata ingin berkongsi tentang manisnya berTuhankan Allah.
Itulah bezanya antara orang yang mencari dan mewarisi Islam.
Aku rasa itulah jawapan aku terhadap persoalan tentang Nabi Muhammad. Pengalaman baginda dalam bertemu dengan kebenaran sangat istimewa, bertemu dengan Allah secara direct. Tika itu, kebenaran apa lagi yang hendak dicabar? Atas kebenaran itulah baginda bersusah payah untuk mengajak dan berkongsi kemanisan yang benar!.
Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup.
Kita mencuba itu dan ini demi mencari kebahagiaan yang boleh menenangkan kita.
Ada orang sangkakan duitlah kunci kebahagiaan.
Ada orang sangkakan kekayaanlah kunci kebahagiaan.
Ada orang sangkakan cemerlang dalam akademik lah kunci kebahagiaan.
Ada orang sangkan berpasangan lah kunci kebahagiaan.
Bila dah dapat semua itu, adakah kita akan berasa puas? Tepuk dada, tanyalah iman, tanyalah selera.
Kadang-kadang, dalam sibuk mencari kebahagiaan, kita mungkin tersasar melakukan maksiat.
Allah Maha Pemurah dan Penerima Taubat..
Itu lah spiritual journey kita yang tak seindah mana tapi mungkin itulah asam garam kita dalam mencari kebenaran. Tika itu, terdetiklah di hati kita untuk terus mencari, mengkaji, bertanya, berguru untuk memahami lebih mendalam ilmu KEBENARAN ini. Justeru, kerana pengalaman pahit itulah kita bertemu kemanisan yang ingin dikongsi bersama, maka terbitlah dakwah..
TARBIYYAH ISLAMIYYAH.
Moga-moga hasil didikan yang kita peroleh dalam hidup kita menjentik kita untuk mendidik orang lain pula.
Post a Comment