Jan 23, 2014

Unconscious

Pantang sahaja ada masa free, internet dicari, Fb diburu, Twitter mencicip, Insta ber.... selfie kot.
Tup tap tup tap, sejam sudah berlalu. Kemudian lahirlah rasa kesal. Dan perkara yang sama tetap berulang kerana masa yang lama itu kita rasakan sekejap, dan 'sekejap' sahaja, tak mengapa kot.

Pernah tak kita alami situasi sebegini? (insaf sebentar)

Zaman serba canggih kini, sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup kita, cara pemikiran kita, tindak tanduk kita dan lebih menakutkan boleh modify akidah kita.

Simptom-simptomnya :
1. Habis sahaja kelas, buka Fb.
2. Orang boleh tahu jadual makan kita dan apa yang kita makan.
3. Menagih kasih di Fb.
4. Lebih parah lagi, menggugat institusi keluarga.



Pernah dulu menghadiri Seminar Transformasi Ramadhan, dalam slot Ramadhan : Dari Aspek Keluarga, ustaz menerangkan bagaimana puasa boleh membawa keharmonian dalam keluarga. Seperti mana kita tahu, objektif berpuasa adalah untuk menjadikan supaya lebih bertaqwa.

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai Bin Ka'ab r.a. makna taqwa. 
Lalu Ubai bertanya kepada Umar : 'Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? 
Jawab Umar :'Ya'.
Tanya Ubai lagi : "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati".
Balas Ubai : "Itulah taqwa".

Kehidupan berkeluarga sangat-sangat menuntut kita untuk berada dalam keadaan SEDAR, begitu juga dalam segala hal yang kita lakukan. Fulltime kena sedar bahawa sedang diperhatikan. Sedar akan tanggungjawab yang dipikul, sedar akan sesuatu tindakan yang diambil. Jika si isteri berleter, si suami pula reaksinya pun tak nak kalah, sudah pasti berlaku pertembungan. Itulah asam garam berkeluarga. Tetapi kedua-duanya perlu sedar bahawa bahtera yang dikendali bukanlah kerja mudah dan perlu segera selesaikan masalah yang timbul dengan berhikmah. "Jika si suami sedar si isteri tu kuat berleter, si suami perlulah bertindak cool dan menjadi pendengar yang setia", usik ustaz.

Tika ini, aku terfikir, adakah kegagalan kita dalam mengurus kegiatan kita dalam media sosial seperti tempoh masa untuk bersosial di media telah membawa kepada kegagalan yang lebih besar? Nauzubillah. 

Hipotesis awal dan dangkal aku adalah ia telah menghakis sedikit demi sedikit sifat SEDAR kita. Menyebabkan kita membuat sesuatu keputusan itu tanpa kita sedari seperti "Aku ceraikan kau talak tiga!". Lama kelamaan, kahwin itu semudah 'accept friend requested' dan cerai sehina 'unfriend'.

Dari aspek yang lain pula adalah adab dalam media sosial. Kalau kita sedar ketika bersosial di alam maya, mana mungkin kita akan melanggar batas pergaulan, mana mungkin kita akan upload makanan mahal yang kita makan, mana mungkin kita mengharapkan pujian ataupun perhatian manusia. Yang mana ini akan membawa kepada kemudaratan seperti perasaan cemburu suami terhadap isteri atau sebaliknya, cemburu si miskin kepada si kaya, lupa bahawa Allah tempat kita mengadu dan berharap.

Jadi, adakah kita perlu menguatkan akidah kita lebih daripada orang dulu kerana orang dulu tak ada Fb?

Tepuk dada, tanya iman. Kita sendiri kenal diri kita macam mana dan dimana yang perlu diperbetulkan. Sekadar cadangan, kalau rasa-rasa nak stalk orang di Fb ucapkan lah Bismillah dulu. Kalau terbatal hasratnya tadi tu, Alhamdulillah, kalau tak, tak dapat den nak menolongnya.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com