Jan 26, 2014

Serius nak laksanakan HUDUD?

Baru-baru ini kecoh isu pasal Prof. Aziz Bari. Ada dua isu yang tengah hangat. Pertama, isu HUDUD dan kedua, kalimah Allah berkaitan dengan Sultan. Dalam ruangan ini, isu pertama yang akan diketengahkan.

Jadi, apa isunya? Apa kaitan Prof. Aziz Bari dengan PAS dalam hal HUDUD?

Sepertimana kita tahu, PAS dan HUDUD berpisah tiada. Memperjuangkan hukum Hudud bukanlah tanggungjawab PAS sahaja, malah setiap orang Islam. Itulah yang sedang dilakukan oleh Prof. Aziz Bari, cuba sedaya upaya untuk membantu dalam melaksanakan hal ini dengan menggunakan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang. Sudah lama Prof. bekerjasama dengan PAS dalam membincangkan isu ini. Malangnya, Prof berasa kesal dengan PAS kerana baru-baru ini beliau telah dihentam oleh HarakahDaily sendiri tentang kononnya desakan sesetengah ahli PAS untuk melaksanakan hudud adalah disebabkan beliau. Dan PAS kini seolah-olah kelihatan hilang keyakinan untuk melaksanakannya, tambahan sedang berusaha untuk bermuzakarah dengan UMNO pula. Alasannya, untuk melaksanakan Hudud memerlukan persetujuan daripada kerajaan, maka berbaik dengan UMNO semula mungkin jalan yang terbaik setelah DAP menunjukkan penentangan yang cukup jelas. 

Jadi, apakah cadangan yang Prof ketengahkan? Wajarkah dan realistikkah hudud dilaksanakan di Malaysia?

Sebelum itu, kita jernihkan dulu pemikiran kita bahawa kita bincang dalam konteks Malaysia sahaja. Brunei lain cerita, nanti akan diterangkan kenapa.

Wajarkah Hudud dilaksanakan?
Dalam hal ini ada dua pendapat samada Ya ataupun Tidak. Pendapat yang menjuruskan kepada tidak contohnya pendapat Dr.MAZA dan Prof Tariq Ramadan. Dr. Maza berpendapat bahawa Hudud masih tidak boleh dilaksanakan kerana hal-hal berkaitan dengan perkara asasi dalam masyarakat masih lagi tidak memenuhi syarat untuk hudud dilaksanakan. Bersandarakan kepada dalil dimana Saidina Umar r.a. menangguhkan hukum hudud secara total ketika berlakunya musim kelaparan atau kemarau. Tambahan, pengetahuan masyarakat umum tentang hal ini masih lagi cetek. Manakala Prof. Tariq Ramadan pula mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan membawa lebih banyak fitnah berbanding manfaat. Walaupun begitu, Prof. Aziz Bari meraikan pendapat tersebut dan mengmabil pendekatan yang lebih realistik. Pendapat beliau adalah hudud adalah hak keagamaan bagi orang Islam dan setiap agama mempunyai hak untuk mengamalkan amalan keagamaan masing-masing. Tambahan beliau hudud adalah undang-undang Islam dan undang-undang dicipta untuk mendisiplinkan dan membentuk masyarakat. Masakan undang-undang diperlukan jika hendak tunggu sehingga masyarakat sudah menjadi baik.

Realistikkah Hudud dilaksanakan di Malaysia?
Beberapa perkara asas yang perlu kita hadam tentang Malaysia. Pertama, Malaysia merupakan one country two/multiple system. Contohnya dalam kes jenayah ada jenaya sivil dan syariah. Begitu juga bank, ada perbankan Islam dan konvensional. Seterusnya Malaysia ada kuasa di bawah Perseketuan dan ada kuasa di bawah Negeri. Jadi, dalam perlaksanaan Hudud, ia merupakan bawah bidang kuasa syariah. Andaikata hudud sudah dilaksanakan, mahkamah berhak untuk menentukan sesuatu kes jenayah itu berada bawah jenayah sivil ataupun syariah(hudud). Memandangkan hal keagamaan berada di bawah kuasa Negeri (sebab itu ada Sultan sebagai ketua agama melainkan beberapa negeri), maka Kelantan tiada masalah untuk melaksanakan Hudud tanpa menunggu kelulusan Persekutuan. 

Itulah antara yang diusulkan oleh Prof Aziz Bari. Yang mendukacitakan, kerajaan Kelantan atau PAS masih menunggu sehingga Perlembagaan dapat digubal dimana Pakatan Rakyat memerlukan majoriti 2/3 dalam Parlimen. Prof Aziz menegaskan usah bermimpi di siang hari dan berpijaklah di bumi yang nyata. Beliau juga menyangkal pendapat yang mengatakan perlunya untuk menggubal Perlembagaan terlebih dahulu dan Malaysia ini negara sekular dimana hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan. Ini kerana Perlembagaan hanyalah sekadar peraturan dan tidak bermakna Al-Quran dan Sunnah itu berada level bawah dari perlembagaan dan tidak bermakna Al-Quran dan Sunnah itu tidak dinyatakan sebagai Perlembagaan maka Malaysia dikalsifikasikan sebagai negara sekular. Dalam Perlembagaan itu sendiri ada Syariah, kita cuma perlu 'bermain' dengan Perlembagaan sahaja. Meskipun PR mempunyai peluang untuk menang dalam PRU yang akan datang, namun PAS perlu sedar komposisi PAS dalam PR adalah kecil meskipun PAS adalah parti yang terlama dan teramai ahlinya. Kelantan mempunyai struktur yang sangat cantik untuk Hudud diimplementasikan dan tidak perlu restu Perseketuan dan kenapa tidak Kelantan dijadikan model dan contoh terlebih dahulu kepada negeri lain apabila Hudud berjaya dilaksanakan?. Malangnya, PAS sendiri tidak mempunyai blueprint tentang hal itu dan wacana untuk mendidik masyarakat juga tidak dilaksanakan secara agresif dan proaktif. Kelihatan PAS tidak serius dan hanya sekadar bermain isu Hudud ketika PRU sahaja. Mungkin itulah yang dirisaukan oleh Dr. Maza.

Brunei pula apa cerita? Kita perlu faham bahawa Brunei adalah negara kecil dan diketuai oleh Sultannya sendiri. Jadi, kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Brunei. Sekali lagi, berpijak pada bumi yang nyata.

Apakah potensi kelangsungan Hudud?
Seperti mana ketika perbankan Islam diperkenal, ia sangat mencabar. Ustaz Zaharuddin Abdur Rahman dalam Seminar Kewangan Islam juga menyatakan bahawa sistem perbankan Islam pada hari ini masih belum seratus peratus Islamic. Namun, sokongan yang semakin meningkat, sedikit demi sedikit sistem itu dapat survive dalam menerapkan ciri-ciri Islam dan pada masa yang sama masih dapat memberi faedah pulangan yang berpatutan dalam bersaing dengan sistem perbankan konvensional. Seruan beliau adalah supaya orang ramai dapat menghentikan servis perbanakan konvensional dan bertukar kepada perbankan Islam untuk mewujudkan high demand. Maka, tidak hairanlah bank konvensional pun ada Islamic Banking. Begitu juga hal nya dengan Hudud, maka model itu diperlukan untuk meyakinkan orang ramai khususnya non-muslim. 

Persoalannya, berbalik kepada kita sendiri. Setakat mana pengetahuan kita dan keseriusan dalam hal ini. Wallahualam.

Para Intelektual mesra alam dan sempoi, masyrakat cakna.

*Nota kaki : Kurangkan pertikaian dalaman.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com