Jun 28, 2013

Budak Nakal Berpotensi


Pertama kali jumpa, "Budak-budak ni nampak menarik", cetus hati aku.

Badan kecil tapi penampilan agak 'nakal'. Semakin mencabar, makin aku suka. Alhamdulillah, ditakdirkan untuk menjadi faci bagi kumpulan yang aku tertarik tu.

"Lawa rambut", sambil aku usap ekor rambut yang panjang 2 budak kecil dalam kumpulan aku ni. Penampilan mereka sedikit pun tak mengubah persepsi aku terhadap mereka kerana mereka masih 'Budak'.

Sesi berkenalan, sebelum tu ditegur oleh Is (baju biru), "Bang, bosan lah asyik buat dalam bulatan jer. Kita pergi tepi sungai, boleh main air". Layan je lah kerenah budak sorang ni.

Ketika ketua faci minta para peserta untuk kumpul handphone masing-masing, ada lah beberapa kerat peserta yang gelagatnya seakan-akan hendak menyorok sesuatu, tak terkecuali dua budak kecil ni. Kelakar pula bila lihat gelagat mereka, aku pun pernah melalui zaman macam diorang juga. Sejurus ketua faci berkata begitu, aku tahu dimana aku perlu berada untuk detect gelagat-gelagat lucu ni. 

"Hah, sorok apa tu? Kalau tak nak bagi tak apa, switch off kemudian simpan elok-elok."

Aku set minda aku untuk bergaul dengan diorang bukan sebagai faci tetapi sebagai 'member'. Seorang cerita pasal motor, rempit lah. Ada yang sibuk cerita pasal awek, ada yang mengorat peserta perempuan. Haish, pening dibuatnya tetapi aku tak pernah penat melayan. Dah puas layan, hujung-hujungnya baru aku selitkan sedikit nasihat, " Tak payah sibuk-sibuk nak cari makwe, kat universiti nanti lagi ramai". Semangat diorang nak masuk universiti. Mentah lagi budak-budak ni. Senyum je lah.

Dah sehari bermesra, tiba-tiba datang Is, salah seorang daripada 2 budak kecil ni,

"Bang, ni henset saya dengan member saya yang lain, tolong simpan kan".
"Eh, adik tak nak simpan ke? Nanti macam mana nak reply mesej 'kawan-kawan' adik tu?", sindir aku sambil meleretkan senyuman terhadap Is.
"Hihi. Tak apalah bang, abang simpankan jer", Is balas dengan senyuman seorang budak yang sangat baik.

Sepanjang 3 hari 2 malam di hutan, bersama-sama dengan budak-budak ni, perkara yang paling aku tersentuh adalah pada slot akhir dimana para peserta di minta untuk menulis surat kepada mak ayah untuk mohon maaf. Detik hati aku, "budak-budak yang dihantar ni bermasalah ke? Tak kan kot". Dua budak kecil, Is dan Wan tak pernah terlepas dari pandangan aku. Dalam masa yang sama aku perlu seimbangkan perhatian aku terhadapa ahli kumpulan yang lain. Mujur yang lain tu jenis baik sikit, mudah ikut cakap.

Sedang mereka sibuk untuk menulis surat, aku lihat Is macam blur, sibuk nak tengok surat orang lain. Aku hampiri dia, "Eh, mana aci tengok surat orang lain". Is bisik pada aku "Bang, saya tak reti tulis lah bang".

Allah, terkejut aku, namun aku cuba sorokkan reaksi aku. Budak darjah 6 nak masuk form 1 tapi masih tidak tahu menulis? Kasihan budak yang tak berdosa ni. 

"Tak apa dik. Abang tolong".
"Tapi, seganlah saya apa yang saya nak tulis ni"
"Ok, apa je yang Is tahu nak tulis?"
"Saya tahu tulis nama saya dan mak saya je"
"Kalau macam tu, Is buat je, kalau perkataan yang Is tak tahu tanya abang. Kalau lukis pun tak apa, yang penting mak ayah boleh faham" sambil aku minta Wan, kawan baiknya untuk bantu dia. Wan pula tidak semua perkataan dia tahu eja. Sayu melihat gelagat dua sahabat ni.

Ada seorang lagi budak yang agak nakal cuba sakat Is dengan cuba untuk baca surat Is.

"Eh, kau nak bagi surat ni kat bapak tiri kau ke? haha.."
"Gila kau, tak kan aku nak bagi kat bapak aku tu. Tak pasal-pasal aku kena tendang"

Sambil diorang bergurau-gurau, sempat aku jenguk surat Is, aku lihat namanya, nama maknya, sebuah bentuk 'love' dan beberapa perkataan lain yang tidak teratur ayatnya. Dalam gurau mereka, ada sesuatu yang aku dapat singkap, adakah Is ada masalah keluarga? Kasihan budak yang tak berdosa ni. Wan memang sorok betul suratnya tapi aku dapat rasakan perkara yang sama terhadap wan.

Saat akhir waktu perpisahan, aku pulang semula handphone budak-budak ni sambil aku berpesan,
"Jangan lupa bagi surat tu kat mak ayah".

Langsung tak dibalas dengan kata-kata atau senyuman seperti hari-hari sebelumnya. Yang hanya terpapar adalah raut wajah yang seakan-akan kesedihan. Bukan pertama kali aku berprogram dengan budak sekolah, tapi kali ni aku rasa sangat lain. Sangat natural! 

"Eh, budak otai mana boleh sedih-sedih. Tak cool lah cam ni", ujar aku sambil cuba menyorokkan 'perasaan' aku yang tiba-tiba menjengah.

"Terima kasih bang", itu sajalah ungkapan mereka.

*******

Sudah dua tahun berlalu, macam manalah keadaan korang semua sekarang ni. Rindu rasanya, mujur ada gambar-gambar sebagai bukti pertemuan kita. Aku harap budak-budak ni ingatlah nasihat aku, walaupun tak harap sangat diorang nak ingat, biasalah budak nakal. Tapi yakin korang semua sangat berpotensi! Semoga rahmat Allah bersama kalian. InsyaAllah.

Wan, intially malu-malu kucing, kemudian makin berseloroh. Mereka perlu diberi ruang untuk berkomunikasi, meluah sesuatu supaya rasa dihargai. Dengar dahulu kemudian pandulah. Jangat asyik mematahkan dan tuduh melulu.

Kuat loyar buruk, cerita pasal motor tak habis-habis. Semoga jadi pelumba motor yang hebat dan halal.

Night walk. Wan 'kantoi' dengan ketua faci,  Ridhuan Helang Senja.
Dua sahabat kecil. Siap anyam kumpulan sendiri, pergi tolong kumpulan lain. Kumpulan kami menang dalam game ni.

Kreativiti budak tak perlukan akademik.
Anyam.
Sungguh betul tangkap ikan.
Seronok bukan main.
Kecil-kecil cili api
The War is begin.
Semangat berpasukan.
Semoga diberi peluang lagi untuk bekerja bersama. InsyaAllah.


About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

  1. seronoknya. semoga semua adik adik tu berjaya dunia akhirat. insyaAllah.. amiin. :)

    ReplyDelete
  2. Suatu cabaran yang harus ditempuh dalam menyediakan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Realiti tak sama dengan kawasan yang didiami dimana tahap intelektual dan sahsiah amat dijaga. Persiapkan diri, kita. Agar ramai yang dapat menyirup indahnya sistem Islam yang infiniti.

    ReplyDelete

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com