Nota ini apa yang aku dapat hasil daripada program ini. Perincian terhadap poin-poin yang aku bawakan tidaklah terlalu akademik, tak sempat nak buat pembacaan lebih mendalam. Tetapi, serba sedikit bermanfaat untuk kita menanggapi bajet yang bakal dibentangkan. Khususnya, anak muda yang rasa tak ada kaitan dengan bajet ni, sedarlah dan ambil tahulah betapa bajet ini sangat memberi kesan kepada kita.
Model Pembangunan Negara.
Bila cakap pasal moden pembangunan negara, bukan berapa banyak pendapatan negara sahaja yang perlu kita lihat, yang boleh memajukan negara, tetapi pelbagai aspek lain yang perlu dititikberatkan seperti kadar kemiskinan, pembangunan masyarakat, jurang miskin dan kaya, gelandangan, kadar bunuh diri dan macam-macam lagi. Sebab itu Prof Nazari sangat menekankan supaya kita mengubah sudut pandang kita terhadap model pembangunan negara yang selama ini bahawa dengan material kita boleh maju. Contohnya, apabila kerajaan berjaya meningkatkan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga, bermakna kita sudah maju. Tidak!, korang perasan tak kenapa negara-negara moden seperti US, Singapura, Jepun, kadar bunuh diri boleh tahan juga. Itulah contoh yang dibawa oleh Prof Nazari, bila model pembangunan terlalu mementingkan modenisasi, katanya boleh memajukan negara, tetapi dalam masa yang sama masalah lain makin menular. Dalam bajet ni, kita dah boleh ukur model pembangunan negara kita bagaimana? Sektor mana yang mendapat peruntukan paling tinggi. Tengok jelah nanti.
Jumlah Perbelanjaan.
Prof Nazari pesan kat kita, nanti bila bajet dibentangkan, tengok berapa jumlah bajet kali ini? Makin banyak atau sikit jika dibandingkan dengan bajet tahun lepas? Orang kata, makin besar periuk, maka besarlah keraknya. Dalam situasi sekarang ni, dengan rasuah dan ketelusannya, kalau bajet lebih tinggi, ada potensi berlaku ketirisan lagi tak?
Kalau lebih tinggi, BAHAYA! Kenapa? Bila bajet tinggi, hutang pun makin tinggi. Kemudian, rakyat akan dikerahkan untuk menjana ekonomi dengan lebih hebat lagi, dan kerajaan akan mendapat hasilnya, itulah yang dikatakan pendapatan negara. Pendapatan negara tu pula kita guna untuk bayar hutang negara. Negara maju, hutang pun maju.
Kutipan GST.
Untuk membantah pelaksanaan GST, nasi sudah pun menjadi bubur. Apa yang boleh kita buat adalah kita desak untuk tahu kemana kutipan yang sebanyak RM23 billion setahun itu disalurkan. Tidak cukupkah untuk membayar konsensi-konsesi tol sehingga terpaksa menaikkan tol?
TPPA
Semua orang tahu atau buat-buat tak tahu memang sekarang ekonomi negara kita ini sedang tenat. Jadi, antara inisiatif untuk meningkatkan semula ekonomi adalah melalui TPPA. Itu sebablah kerajaan bersungguh-sungguh untuk mempersetujui TPPA, tak lain tak bukan untuk meningkatkan semula sokongan rakyat kepada kerajaan. Tetapi perlu kita ingat, impak negatif daripada TPPA, campurtangan daripada negara luar. Jadi- berhati-hatilah.
Akhir kata, sambutlah dan bersamalah Prof Nazari dalam memperjuangkan ekonomi dengan berpaksikan neraca kemanusiaan, bukan material semata-mata. Pembangunan sesebuah tamadun bukan diukur tingginya bangunan yang dicipta, tetapi mentaliti pemikiran masyarakat. Adakah sektor pendidikan akan mendapat peruntukan yang banyak dalam bajet sesi kali ini? Sama-sama kita nantikan.
Kepada yang dah cukup syarat kekayaan tu, bayarlah zakat agar duit itu terus mengalir kepada yang berhak menerimanya, Banyakkan bersedekah dan berinfak agar ekonomi kita lebih dinamik dimana yang tidak berkemampuan juga dapat berjual beli. Jika tidak, yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Hapuskanlah jurang ini, Islam amat tidak suka akan hal ini. Hilang rasa kemanusiaan, rasa simpati. Sebab itulah Islam amat mengkeji riba yang boleh memufliskan orang bila-bila masa sahaja. Kembalikan ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam, tiada rasuah, sifar hutang dengan cara perkasakan ekonomi berkonsepkan koperasi atau tolong-menolong antara satu sama lain. Agar kita kembali menjadi manusia yang bantu-membantu, bukannya pentingkan diri sendiri.
Wallahualam.
Wah, lawanya blog... Permulaan yang baik, terus menanti artikel2 yang menarik...
ReplyDelete