Jun 20, 2013

Cinta

Lautan api akan ku redahi,

Gunung berapi akan ku daki, 

Neraka berapi tak sanggup aku selami!

Itulah kuasa makhluk yang bernama CINTA. Dengannya apa sahaja kita boleh buat. Walaupun tak capai dek akal macam lautan api, mana ada lautan api. Kalau ada pun neraka ada lah.

Teringat kuliah Dr. MAZA mengenai masa. Segala apa yang terwujud dipersekitaran hidup kita adalah makhluk hatta masa sekalipun. Bila ada yang terwujud pasti ada yang mewujudkan iaitu Pencipta. Subhanallah, sungguh Allah itu sangat hebat. Pastinya apa yang Allah ciptakan tidak sia-sia dan memberi faedah khususnya kepada manusia. Maka Allah telah menggariskan panduan bagi mencapai maksud cinta yang sebenar.

Maaf cakap, adakah cinta yang sebelum nikah itu adalah fitrah manusia atau ia sekadar permainan syaitan?. Lama aku renungkan tentang perkara ini. Akhirnya aku temu jawapan dalam forum yang aku hadiri baru-baru ini yang membicarakan tentang 'pedagogi cinta'.

Untuk bercinta, kita kena patuhi hukum alam atau the law of nature iaitu kita kena dicintai atau dikasihi atau lebih tepat dirahmati terlebih dahulu. Rahmat yang paling luas kita dapat adalah rahmat Allah. Cumanya kita tak sedar dan sebab itu kita berasa kosong dalam jiwa kita lalu mencari orang yang cintanya belum pasti bagi mengisi kekosongan dalam jiwa kita. Ya, tak semua orang mempunyai spiritual journey yang sama yang boleh merasakan cinta Allah dengan mudah lalu tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan syariat Allah. Berbeza dengan mereka yang mempunyai peristiwa hitam dalam sejarah hidupnya menyebabkan mereka sesat dalam mencari cinta.

Mana mungkin cinta yang sebelum nikah itu adalah cinta fitrah sedangkan dirinya sendiri kekurangan rasa cinta untuk mencintai orang lain. Dalam pemerhatian aku, kebanyakan orang yang bercinta monyet ini, maaf cakap, adalah disebabkan kurang kasih sayang dalam keluarga. Ibu bapa sibuk bekerja, kurang komunikasi, sentiasa bergaduh sesama ahli keluarga. Perasan tak?

Aku ada seorang kawan ni yang mana dia sekolah sama ditempat maknya mengajar. Dia telah membuat satu kesilapan yang besar yang memang dikecam hebat oleh cikgu-cikgu lain. Itulah cabaran seorang anak yang bersekolah ditempat parent nya mengajar, sentiasa diperhati. Walaupun dia telah menconteng arang muka maknya, namun hanya seorang cikgu yang tidak memarahinya atau menyindirnya iaitu maknya sendiri. Pesan maknya yang menyebabkan turning point dia ialah pasang niat betul-betul pergi sekolah tu. Maka tika itu, suatu perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata menyerangnya, itulah cinta dan kasih-sayang seorang ibu yang boleh mengalahkan segala cinta manusia yang bukan mahram.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mencurahkan kasih sayang supaya anak berasa disayangi. Dengan itu, anak tiada masalah untuk mendengar kata-kata parent dan parent berasa senang untuk memberi didikan khusunya agama, maka proses untuk mendapat cinta Allah itu lebih mudah. Make connection first, bukannya desak untuk beriman.

Kuasa cinta sangat hebat maka salurannya perlu betul, kalau tak, kentut yang busuk pun dikatakan wangi. Cinta boleh mengubah persepsi. Dalam forum tersebut, aku amat tersentap dengan kata-kata prof Har dimana beliau mempertikaikan bagaimana seorang pelajar perubatan berasa malas untuk belajar atau tidak ghairah untuk melihat jantung sedangkan mereka akan mengendali semua itu. Adakah mereka sudah hilang perasaan mercy itu atau memang tiada langsung?. Dengan perasaan ini, kita sanggup bersusah untuk belajar, sanggup bersengkang mata, peperiksaan yang susah pun jadi senang. Begitu juga orang yang solat, solat subuh yang hanya dua rakaat itu, hanya orang yang cintakan Allah akan berasa ringan untuk laksanakannya.

Kita mempunyai pilihan untuk menetapkan cinta siapa yang layak untuk kita letak dalam hati. Hakikatnya, ada satu cinta yang tidak pernah mengecewakan, tidak pernah curang, tidak pernah menduakan, tidak pernah mati iaitu Cinta Teragung Ilahi. Rebutlah dalam meraih cintaNya. Dengan cintaNya, semoga kita cinta orang lain pun keranaNya. Dengan cintaNya, kita tak buta untuk meredah 'lautan yang berapi'.

Cintaku Pada Orang Yang Berilmu

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com