Jun 20, 2013

Bedah Filem : KIL

Dalam aspek hiburan khususnya filem, aku sentiasa mencari nilai-nilai Islam itu sendiri. Dan kebanyakannya, nilai ini hanya terdapat pada filem-filem barat. Adapun dari negara Islam iaitu Iran, tapi disebabkan fahaman akidahnya iaitu Syiah, aku tiada kompromi lagi dalam hal ini. Nak harapkan Malaysia? Cinta Islamik?
Sangat memualkan kerana terlalu indah sampaikan mengelirukan orang Islam sendiri. Pakai jubah tapi ketat, Islamikkah? Dah tak ada modal, menghantuian masyarakat mungkin lebih mudah. Atau gadaikan budaya timur kita ini dengan meniru adegan seks orang barat. Itulah realitinya. Filem atau drama yang hebat adalah sesuatu yang mendidik masyarakat kerana ia sebahagian daripada proses untuk mentamadunkan masyarakat.

Baru-baru ini, aku berasa terkejut kerana aku telah jumpa satu cerita yang dicadangkan oleh kawan aku iaitu KIL. Industri Perfileman Malaysia masih ada sinar atau penyelamat. Filem macam inilah yang aku sanggup beli original!
Filem ini diarahkan oleh Nik Amir Mustapha hasil gabungan idea budak-budak underground dan dibeli serta diteruskan ceritanya oleh Grand Brilliance. Cerita berkisarkan tentang psychology. Cerita ini sangat unik!

Pertama, cerita ni tak tipikal seperti cerita Malaysia yang lain. Setiap sangkaan aku untuk setiap scene meleset kerana plot ceritanya out of the box. Pelakonnya pula bukanlah pelakon yang popular serta perwatakan yang sangat natural. Lagi satu, cerita ni tak ada adegan seks.

Perkara paling mahal dalam cerita ni adalah idea tentang sebuah agensi NGO untuk menyelamaykan orang yang depress sehingga sanggup bunuh diri. Aku tak pasti NGO seperti ni wujud atau tidak terutamanya di Malaysia. Tapi berdasarkan pengamatan aku dalam cerita ni, cerita ni agak heavy dan memerlukan research terlebih dahulu dan aku yakin budak-budak ni dah buat research. Cerita yang berkesan lahir dari nature itu sendiri dan memahami nature memerlukan penelitian yang mendalam.

NGO ini sangat organized and structured. Dari segi promosi, NGO ni tahu dimana dan bagaimana hendak mencari sasaran mereka. Yang paling best, ahli-ahli NGO ni sendiri adalah bekas orang yang pernah mengalami situasi yang sama iaitu nak bunuh diri. Atas kesedaran dan rasa sayang terhadap orang lain yang senasib, mereka bergabung tenaga dan berkongsi kepakaran untuk membantu orang yang depress ni. Mereka bukan seperti pusat zakat yang hanya tunggu client, tetapi mereka sendiri turun padang untuk mencari orang yang 'sedang' bunuh diri. Ajaibnya, disebabkan keikhlasan mereka, mengenai bayaran langsung tak dihiraukan. Yang penting mereka dapat membantu. Tiba-tiba aku terbayang, ahli-ahli jemaah, tak kira jemaah apa sekali pun perlu ada ciri seperti ini, memasuki jemaah atas kesedaran dan kefahaman bukan kepentingan diri, sanggup menolong orang lain dalam apa jua aspek sekalipun tak kira susah atau senang.

Scene yang paling tersentuh ketika AKIL pulang ke kampung untuk berjumpa maknya. Dia menangis dan minta maaf. Yang paaling sedih adalah di pengakhiran cerita dimana dia sebenarnya kehilangan maknya disebabkan kemalangan. Dan scene tadi menggambarkan andai dia bertemu dengan maknya, itulah ungkapan yang dia akan luahkan. Perasaan ini....... bukan rekaan.

Usai cerita tu, aku dan Lat tersenyum lebar. Puas tak terhingga. Kami berbincang apa nasib cerita tu selepas ni. Aku letak harapan yang tinggi, jika cerita seperti itu terus dihasilkan, perfileman Malaysia boleh diselamatkan. Lebih-lebih lagi dalam proses memasyarakatkan masyarakat. Tetapi satu kerisauan kami, walaupun cerita bagus, tetapi market filem tetap dipegang oleh director-director hantu. Permulaan mungkin susah, tetapi aku tetap terus support cerita underground seperti ini. Semoga cerita ini menjadi tamparan hebat kepada director hantu dan artis-artis yang berhijrah. Usah bercerita dipentas politik, gunakan kepakaran di medan yang sepatutnya. Artis yang ada kaitan dengan politik yang aku salute adalah yassin brothers. Menggunakan karya dalam politik, itulah yang sewajarnya. Kalau bergabung dengan budak underground ni pun ok gak.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com