May 16, 2013

Seketul Daging #1


Dengan namaMu Ya Allah, aku bermula.

Pernah suatu ketika menyertai kelas yang mengupas kitab turath. Kupasan mendalam mengenai hati. Istilah hati itu sendiri menjadi perbahasan para ulama. Adakah hati yang dimaksudkan adalah rohani? Atau dalam istilah perubatan ‘liver’? Atau jantung?

Rasulullah s.a.w. bersabda
yang maksudnya : ‘Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati’.
(Bukhari dan Muslim)

Antara kupasan atau persoalan yang dibangkitkan dalam kelas tersebut, jika hati yang dimaksudkan adalah jantung, ada logiknya. Dalam perubatan, memang terbukti jantung adalah suis utama dimana jika jantung berpenyakit, manusia akan mudah mendapat penyakit yang lain. Hatta jika dibandingkan jantung dengan otak, jantunglah juara. Itulah keunikan belajar kitab turath. Agak pecah kepala.

Subhhanallah.       

Tubuh badan kita ini ibarat sebuah kerajaan yang terdiri daripada tangan, kaki, badan dan sebagainya. Yang mengawalnya adalah perdana menteri iaitu otak kita. Jadi, siapa rajanya? Tak lain tak bukan adalah hati atau jantung kita.  Soalnya, apakah yang menyebabkan hati kita menjadi sakit, hari demi hari titik hitam menempek di hati sehingga menjadi gelap menyebabkan kita susah nak dengar kata mak kita sendiri. Apatah lagi perintah Allah.

“Otak yang cergas teletak pada badan yang sihat”.


About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

  1. abam zu, nak post kat group kita... boleh share ilmu... ^^

    ReplyDelete
  2. Erk, ni xcomplete pye... Ad siri, tkut xfaham plak t...

    ReplyDelete

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com