Dengan
namaMu Ya Allah, aku bermula.
Pernah
suatu ketika menyertai kelas yang mengupas kitab turath. Kupasan mendalam
mengenai hati. Istilah hati itu sendiri menjadi perbahasan para ulama. Adakah
hati yang dimaksudkan adalah rohani? Atau dalam istilah perubatan ‘liver’? Atau
jantung?
Rasulullah
s.a.w. bersabda
yang maksudnya : ‘Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati’.
yang maksudnya : ‘Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati’.
(Bukhari
dan Muslim)
Antara
kupasan atau persoalan yang dibangkitkan dalam kelas tersebut, jika hati yang
dimaksudkan adalah jantung, ada logiknya. Dalam perubatan, memang terbukti
jantung adalah suis utama dimana jika jantung berpenyakit, manusia akan mudah mendapat
penyakit yang lain. Hatta jika dibandingkan jantung dengan otak, jantunglah
juara. Itulah keunikan belajar kitab turath. Agak pecah kepala.
Subhhanallah.
Tubuh
badan kita ini ibarat sebuah kerajaan yang terdiri daripada tangan, kaki, badan
dan sebagainya. Yang mengawalnya adalah perdana menteri iaitu otak kita. Jadi,
siapa rajanya? Tak lain tak bukan adalah hati atau jantung kita. Soalnya, apakah yang menyebabkan hati kita
menjadi sakit, hari demi hari titik hitam menempek di hati sehingga menjadi
gelap menyebabkan kita susah nak dengar kata mak kita sendiri. Apatah lagi
perintah Allah.
“Otak
yang cergas teletak pada badan yang sihat”.
abam zu, nak post kat group kita... boleh share ilmu... ^^
ReplyDeleteErk, ni xcomplete pye... Ad siri, tkut xfaham plak t...
ReplyDelete