Kelakar rasanya bila lihat
adik-adik yang baru masuk ke klinikal, pergi wad, mundar-mandir, nampak macam
blur jer. Macam tu lah aku agaknya ketika awal-awal masuk alam klinikal.
Kemudian, tiba-tiba dah ada kat bilik. Haha..
Berdasarkan pemerhatian aku yang
baru setahun jagung ni, terdapat beberapa faktor yang signifikan menyebabkan
budak medik malas nak pergi wad.
1. MINDSET. Mana tidaknya, cuba
bayangkan, segala apa yang dipelajari selama dua tahun (pre-klinikal) dipadatkan
menjadi satu posting dengan tempoh cuma 6 minggu, posting yang paling banyak
sailang orang, INTERNAL MEDICINE. HaHaHa (devil laugh). Di tambah lagi buku
panduan yang menyenaraikan senarai penyakit yang perlu dipelajari, dibahagi
kepada MUST KNOW, SHOULD know, nice to know. Tup tup peperiksaan masuk penyakit
yang NICE to know choi! HaHaHa (devil laugh).
‘Nanti pesakit datang, kamu mana
boleh pilih penyakit untuk pesakit tu, pesakit akan datang dengan penyakit yang
tidak menentu’, hujah doktor kepada anak muridnya. Memang terketap mulut tanpa
bicara.
Akhirnya, kegelabahan menyebabkan
kita nak balik bilik dan belajar sendiri sahaja sebab ada banyak topik yang tak
belajar lagi.
2. CASE WRITE UP/ASSIGNMENT. Kebiasaannya,
minggu terakhir untuk hantar assignment, wad akan menjadi lengang kerana
budak-budak jenis aku ni akan menggelabah untuk siapkan assignment.
3. MALU NAK JUMPA PESAKIT. Tidak
gemar untuk bercakap atau clerk patient akan membuatkan kita rasa malas sangat
nak pergi wad. Lagi-lagi asyik kena reject dengan patient, maklumlah tak pernah
rasa kena reject dengan awek. Nak balas dendam punya pasal, merajuk tak nak
pergi wad! KihKihKih..
“Your ward is your CLASS, your patient is your BOOK”
Aku bukanlah orang yang paling
layak nak beri nasihat, CGPA pun tak sampai 3.87. Tapi, aku tak nak orang lain
ulangi kesilapan aku. Anggaplah ini nasihat orang tua kepada orang muda. Jom
atasinya!
1. MINDSET. Matlamat kita memang
nak pass exam, tapi sayanglah kalau kita pass dengan otak kosong. Alang-alang
selam, minum air sekali. Memang tidak dinafikan, banyak perkara yang perlu
dipelajari dalam bidang perubatan ni. Jadi, kena pasang strategi baik punya.
Kenali diri. Setiap dari kita
pasti sudah ada cara yang tersendiri untuk belajar, kalau tidak tak mungkin
boleh sampai ke tahap ini. Strategi yang aku nak kongsikan ni mungkin ada orang
lain pun guna juga, kalau dah ada strategi tersendiri, teruskan. Mungkin boleh
modify sikit mana-mana yang boleh.
Aku guna strategi yang dikongsi
oleh bekas YDP Persiap, Kan Chang Siang (beliau dapat nobel apa entah).
Strateginya, buat nota ‘SAFE DOCTOR’ (ni nama nota aku). Alang-alang buat nota,
buat nota yang kekal lama sampai jadi specialist. Bagaimana ?
- Buat Dalam Word. Tujuannya adalah supaya kita boleh edit, maklumat perubatan ni sentiasa berkembang, kemungkinan ada info yang lapuk, ada info yang ada dalam buku sekian tapi tak ada dalam buku sekian. Jadi, kita boleh top up maklumat tanpa perlu buat nota baru.
- Grab. Dalam wad terlalu banyak maklumat yang kita boleh peroleh. Bermula dari ward round, pesakit, nurse, patient ticket dan pemerhatian dalam wad. Grab sahaja apa yang kita dapat dan kita tidak tahu itu, KIV dulu. Lagi bagus kita terus tanya sesiapa yang tahu. Ada sesetengah doktor, dia tak suka kita tulis apa yang dia ajar. Sebabnya, kita tak percaya otak kita untuk ingat info yang diberi sebab tu susah nak ingat bila kita tak latih otak kita untuk ingat. Lagi-lagi, zaman serba canggih ni, semua nak harapkan gadget kita yang simpankan maklumat kita. Make sense isn't?
- Jot Down. Taip dalam nota kita itu segala apa yang kita grab. Buat macam diari, lepas pergi wad tu, cuba kita imbas semula apa yang kita dapat grab dalam wad. Ingat, Jot Down sahaja, walaupun hanya nama penyakit sahaja. Jangan sibuk-sibuk nak cari buku nak study pulak. Ambil masa, banyak lagi penyakit nak belajar.
- Review. Baca ‘diari’ kita itu sepintas lalu. Kalau tiba-tiba terlintas persoalan, baru ambil buku dan cuba jawab persoalan kita. Contoh, Diabetes in Pregnancy, kenapa kena buat screening pada waktu sekian-sekian. Cari part tu sahaja, nak baca semua pasal diabetes tu kemudian. Ini cara aku, aku tak suka baca A to Z, tak berfikir sangat, macam nak menghafal jer. Kalau ada soalan, mulalah gelabah. Kenapa ABC? Tak boleh ke ACDB? (sila jawab). Tambahan, kalau kita baca apa yang kita mahu, memori itu akan bertahan lebih lama sebab kita fokus bila membaca.
- Top Up. Tambah maklumat yang diperoleh.
Kalau macam tu, nota ni tak
complete lah?
Memang! Kalau nak complete, lebih baik download pdf ebook, tak
payah buat nota. Jangan risau, kalau selalu pergi wad, buat spontan discussion
selalu (aku tak suka buat study group formal =), insyaAllah, lama kelamaan,
nota ni akan complete juga. Secara tak langsung, bila kita lihat nota kita tak
complete, kita bersemangat nak pergi wad sebab nak cari maklumat yang masih
tidak cukup itu.
Kalau masih tidak complete lagi?
Inilah fungsinya STUDY WEEK.
Kebiasaan orang macam aku, masa study week lah baru nak belajar penyakit tu
dari awal. Percayalah kat aku, TAK SEMPAT! Masa study week ni lah kita boleh
sempurnakan nota-nota kita, nak baca pun dah boleh baca laju sebab kita dah
tahu serba sedikit pasal sesuatu penyakit.
Kalau ada penyakit yang tidak
disentuh lagi sepanjang tempoh pergi wad macam mana?
Percayalah kat aku, soalan-soalan
exam adalah soalan bocor yang sudah ada di wad. Kalau kita boleh grab sebanyak
yang mungkin, insyaAllah kita ada idea sedikit nak goreng dalam exam. Hehehe.
Memandangkan HUKM adalah tertiary hospital, maka tidak mustahil penyakit dalam
kategori Nice To Know (penyakit rare) boleh keluar. Jadi, pergilah wad. Hahaha.
2. CASE WRITE UP/ASSIGNMENT. Hat
ni, ada cara yang baik, ada cara nakal. Nanti korang akan tahulah macam mana
yang nakal punya. Cuma, alang-alang nak buat CWU tu, ambillah case yang tak
pernah belajar. Jadi, sambil-sambil buat CWU, boleh belajar sekali penyakit
case kita itu. Cara nak selesaikan ni, buatlah awal-awal.
3. MALU NAK JUMPA PESAKIT. Part
ni memang payah sikit, sebab ada faktor lain seperti lambakan pelajar
menyebabkan pesakit penat untuk ditemubual. Dah tahu masalah ini, janganlah
clerk pesakit tu lagi. Cuba tanya khabar pulak, borak-borak kosong, gosip pun
best juga. Dapat pesakit yang memang kaki kutuk HUKM, tu lagi best. Hahaha.
Buat rappo dan bonding dulu, kemudian senanglah nak clerk. Tup tup, pesakit
kita tu yang dijadikan untuk peperiksaan, langkah kanan beb! Kalau tak boleh
juga, cari kawan yang memang tak reti malu, tu lagi bagus. Biarlah kita ni
ibarat parasit, janji kenyang. Hahaha..
Apa yang aku cadangkan mungkin
ada beberapa perkara yang tidak sesuai atau kurang, jadi rajin-rajinlah
bertanya kepada senior-senior, nurse-nurse dan doktor-doktor HO, MO, specialist (ada yang
memang muka bengis tu baik jauh-jauhkan. Hahaha).
Selamat Mencuba!
psst : Orang rumah cakap, KALAU DOK SEDAP KABO KITE, KALAU SEDAP KABO ORANG LAIN.
All the best Dr!!!
ReplyDelete