"Ish, tak nak lah aku ambil tahu hal ni", aku berlalu daripada perbincangan senpai-senpai (baca : senior-senior) berkenaan isu balak yang dikaitkan dengan seorang YB daripada sebuah parti politik.
Lebih baik aku fokus dengan kerja-kerja di kampus ini. Hati aku memujuk diri ini yang sedang ketakutan. Takut jika isu yang dicanangkan media itu betul. Takut jika betul, adakah jalan yang aku pilih ini betul? Aku lari jauh
dalam ketakutan dengan seribu satu persoalan. Sengaja aku pekakkan telinga seolah-olah dunia ini aman dan boleh aku teruskan kehidupan dengan tenang.
dalam ketakutan dengan seribu satu persoalan. Sengaja aku pekakkan telinga seolah-olah dunia ini aman dan boleh aku teruskan kehidupan dengan tenang.
Namun, semangat ingin tahu aku tidak mampu menipu diri aku. Secara serius, aku membuka beberapa portal web berkenaan isu tersebut, ibarat peluru berpadu dikenakan terhadap YB tersebut ditambah lagi dengan beberapa fakta dan bukti. Aku menjadi semakin gerun. Bertambah gerun, hal itu sebenarnya sudah lama berlaku, cuma tidak digembar-gemburkan sangat. Maklum sajalah, bila nak PRU, semua cerita keluar, betul atau tidak, wallahualam.
Aku terus merujuk naqib aku yang sentiasa menjadi tempat rujukan aku. Aku menyatakan kegusaran aku kepadanya terhadap apa yang berlaku, tambahan isu pertembungan puak professional dan ulama (baca : ulama versi Malaysia). Sampai sekarang aku masih ingat apa yang disampaikan iaitu tentang kebarangkalian akan terbentuk dua kem yang terpisah dan adakah kita BERSEDIA ke arah itu?
Itu cerita tiga tahun yang lalu dan ia berlaku pada kali ini. Aku tersenyum, ingatanku tiba-tiba melayang, mengimbas semula kenangan bersama naqib. Pernah juga aku tanya, kalau terjadi betul, kita nak pilih yang mana. Jawabnya mudah sahaja, "terpulang pada ILMU kita ketika itu". Baru sekarang aku faham apa yang dimaksudkan oleh naqib aku tentang BERSEDIAKAH kita ke arah itu?
Makin Kelabu
Kalau dulu kita digesa untuk bersama dengan parti politik yang bawa Islam, tapi sekarang dah ada dua parti politik yang jenama Islam, tak jam otak kita nak pilih mana satu?
Disinilah ia menguji prinsip kita berdasarkan ilmu yang kita ada. Aku suka cara salah seorang senpai aku dalam merekrut anak buahnya. Kebiasaannya, kita akan menceritakan detik-detik indah kepada anak buah kita supaya mereka tertarik dengan gerabak yang kita sertai. Tapi beliau tidak, beliau akan menceritakan hakikat sebenar gerakan yang disertainya, rencam, pahit, manis semua dikhabarkan. Tujuannya supaya anak buahnya tidak terkejut dan memang nak sertai gerabak ini atas dasar ilmu, bukan ikut-ikutan mahupun sweet-sweet. Gerabak ini perlukan orang yang serius untuk melakukan islah, mana-mana gerabak pun sama, perlukan nakhoda yang komited!
Kalau ustaz bertengkar dengan paderi, mungkin kita ada sebab yang kukuh untuk berpihak yang mana satu. Tapi, bilamana ustaz vs ustaz, pasti kita runsing akan insiden ini. Walaupun kita boleh menilai mana yang kaca dan permata, tapi mengapa perkara ini berlaku? Apa pendirian kita?
Ya, keadaan semakin menjadi kelabu, tiada pemisah yang jelas antara hitam dan putih. Diantara dua politik Islam, siapa yang lebih Islamik? DAP, PKR, UMNO tak Islamik ke? Langgar baiah ni jatuh kafir atau tidak?
Semuanya berbalik kepada ILMU. Dengan ilmulah, jalan kita akan disuluhi dengan cahaya kebenaran. Maka, akan lahirlah prinsip yang kukuh dalam diri kita.
Namun, untuk sampai ke tahap kita ada prinsip yang benar, ilmu itu haruslah dicari tanpa kenal erti jemu, walaupun kita terpaksa mengharungi beberapa konflik dalaman, mahupun luaran. Cerita pasal konflik ni, boleh baca artikel Anjakan Paradigma, insyaAllah kita akan lebih tenang menonton wayang politik Malaysia yang sedang mengalami krisis.
Nasihat Untuk Penuntut Ilmu
Imam Al-Ghazali ada menitipkan nasihat dalam buku Bidayatul Hidayah tentang menuntut ilmu,
"Ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.
Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan..."
Bersederhanalah!
Walau setinggi manapun ilmu kita, akhlak jua lah juara segala-galanya.
Walau kita berbeza pendapat, usah dicerca, usah dilabel yang bukan-bukan.
Walau kita nak terus kekal atau berpindah, lakukanlah dengan atas dasar ilmu, bukan emosi semata.
Idola. |
Tidak kiralah Tok Guru Nik Aziz kah, Tok Guru Haji Hadi kah, Ustaz Hasrizal kah, Dr MAZA kah, atau Najib kah.
Post a Comment