Jul 11, 2015

Setiap Pengakhiran Ada Permulaan

Di ceruk rak buku itu, ku gapai sebuah buku. Sudah dua tahun buku itu tersusun rapi. Buku itu juga tersimpan memori daurah di Melaka dua tahun yang lalu. 

Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah).

Walaupun daurah kali ini seketika cuma, bukan pangkat ustaz yang aku kejar tetapi mencari siapa diri aku sebenarnya. Tanda ilmu yang bermanfaat itu bukanlah kita berasa kita makin berilmu, tetapi semakin kita malu dengan aib kita.

Buku ni ibarat hutan, hari ini mungkin kita jumpa harimau, esok barangkali kita akan jumpa durian pula, di laluan yang sama kita lalu sebelum ini. Walaupun buku ini dua tahun sudah aku membacanya, kali ni aku cuba singkap semula, pada isi kandungannya sahaja sudah membuat aku terpegun.

Imam al-Ghazali membahagikan buku ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, Adab-adab melaksanakan ketaatan, bahagian kedua cara-cara meninggalkan maksiat dan bahagian ketiga pula adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan Khaliq (Tuhan) dan dengan makhluk. Cantiknya disini adalah bagaimana digambarkan hakikat manusia itu. Dalam Tafsir al-Azhar, Hamka menghuraikan tafsir surah An-Nas;

'Saya sendiri dan saudara yang membaca karangan ini adalah manusia. Dan kita pun hidup di tengah-tengah manusia. Selain dari hubungan kita dengan Allah, kita pun selalu berhubungan dengan sesama manusia. Tidak ada antara kita yang dapat membebaskan diri daripada ikatan dengan sesama manusia.'

Surah ini secara amnya mengajar kita bagaimana hendak berlindung kepada Allah sesama manusia, secara tidak langsung ia juga memberitahu kita hakikat hidup sebagai manusia ini. Lari celah manapun, kita tetap memerlukan manusia.

Firasat aku merasakan yang Imam Ghazali sarankan kita untuk melaksanakan perkara-perkara hidayah yang zahir seperti yang dinyatakan dalam buku ini, bermula pada sendiri sehinggalah terhadap manusia yang lain.

Apa pula hidayah zahir itu?

Hal ini dijelaskan dengan cantik sekali dalam pendahuluan buku ini.

'Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada 'bidayah' (permulaan) dan ada pula 'nidayah' (kesudahan) dan ada 'zahir' dan ada pula 'batinnya' dan engkau tidak akan dapat menyelami 'batin hidayah' kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan 'zahir hidayah' itu.

Betullah orang kata, hidayah itu perlu dijemput bukannya ditunggu. Semoga kita kuat untuk melaksanakan hidayah-hidayah yang zahir itu agar hidayah yang batin itu melimpah ke atas kita.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada ku untuk beribadah kepada Mu, dan kurniakanlah petunjuk dan hidayah Mu. Amin.



25 Ramadhan 1436H.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com