Jun 18, 2015

Cintailah Ulat Buku!

Jarang aku nak ceritakan hal peribadi, terutama berkaitan rumahtangga. Kerna aku pun menyampah juga nak ambil tahu rumahtangga orang lain. Tapi kali ini, terpulang kat korang nak menyampah sumpah serapah ke apa ke, aku nak sampaikan kenapa korang perlu kahwin dengan si ulat buku. 

Ulat buku yang aku cintai isteriku, atau aku beri gelaran kepada beliau, Pak Hamka Junior disebabkan ketaksubannya kepada Pak Hamka. Kami mempunyai banyak perbezaan, namun dalam kebanyakan itu kami berkongsi minat yang satu, MEMBACA.

Sebab-sebab kenapa korang perlu kahwin, cinta, jatuh cinta, melamar, si ulat buku adalah :

1. Berfikiran Terbuka
Membaca buku ibarat menelusuri pengalaman yang telah dilalui oleh penulis. Bayangkan sesuatu pengalaman itu memakan masa berpuluh-puluh tahun, tapi si ulat buku hanya perlukan beberapa hari ataupun beberapa jam untuk harunginya. Sudah pasti sesuatu pengalaman itu akan mematangkannya dan horizon nya juga akan menjadi luas, menyebabkan si dia tidak jumud terhadap sesuatu perkara. 

2. Tabah Menghadapi Cabaran
Sesuatu pelayaran itu pasti akan dibadai ombak, itulah hakikat pelayaran. Namun, itu tidak mematahkan semangat si pelayar, malah akan terus mengharunginya untuk menuju ke destinasi. Pembaca ibarat pelayar yang akan terus bersabar meniti dari kulit ke kulit buku untuk mencari makna, klimaks plot ataupun gist sesuatu buku itu. Itulah yang akan dijadikan bekalan untuk destinasi seterusnya, kerna seorang pelayar tidak akan berhenti berlayar. Saat si ulat buku melamar si kumbang, si ulat buku sudah pun menjemput cabaran yang besar.

3. Tidak Cerewet dan Sempoi.
Pelbagai watak yang telah dilakonkan oleh si ulat buku. Masakan dialog-dialog menarik dalam buku hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa membayangkan diri berada dalam situasi yang sebenar. Kadang-kadang menjadi orang kaya, kadang-kadang menjadi orang miskin. Tidak hairanlah si ulat buku mudah meresap dalam apa jua keadaan, tapi masih ada juga batasnya yang perlu diberi dorongan. Pernah sekali si ulat buku menyatakan kecemburuannya melihat pasangan berbulan madu di facebook. Aku tersenyumkan sahaja, gelagat manusia digital. Media sosial, tempat mengekspresikan perihal manusia yang juga salah satu cara berkomunikasi. Sudah pasti yang baik-baik sahaja yang ingin diceritakan, takkan mahu buka pekung didada sendiri. "Facebook ni macam mencuri. Kita belajar mencuri bukan untuk mencuri tetapi untuk elak dicuri. Kalau dah tahu fungsi facebook, kita tak terasa apa-apa pun. Orang asli yang tak ada facebook lebih bahagia daripada manusia digital". Si ulat buku senyum tersimpul malu.

4. Suka Berdiskusi.
Idea yang menggelegak seseorang pembaca adalah titik tolak untuk menulis. Proses pemahaman perlu didahului terlebih dahulu sebelum idea diterjemahkan menjadi tulisan. Kebatasan untuk menulis menyebabkan diskusi menjadi mendium penterjemahan. Bayangkan dari KL ke Dungun, sentiasa segar dengan idea yang dibincangkan. Biar berbeza pandangan, yang penting tidak mengantuk dalam perjalanan.

5. Romantik.
Tidak dapat disangkal lagi, penulis buku lah yang paling romantik ayatnya. Untuk menulis pula memerlukan pembacaan buku yang banyak. Frasa-frasa kata sudah berlambak dalam kamus otak si ulat buku, tinggal hanya untuk dicantum, ditambah sedikit bunga untuk dilunakkan bahasa. "Saya ni buku awak yang awak tak akan pernah habis untuk membacanya". Pergh!

6. Jimat Cermat.
Jimatnya pada perkara lain, tetapi tetap boros pada buku. Itulah penyakit si ulat buku. Namun, apa lagi yang boleh membahagiakan kalau bukan dengan syurga buku yang akan dibina tidak lama lagi.

7. Tidak Suka Membebel.
Setiap kata-kata si ulat buku menjadi halwa kepada yang mendengarnya. Nasihat berpadu, sentap semuanya diberi kerana si ulat buku kebiasaanya lebih banyak diam daripada bercakap, tetapi kalau dah cakap memang padat!.

8. Tidak Skema tetapi Berprinsip.
Biarpun stigma telah melabel si ulat buku seorang yang skema kerana sentiasa melekat buku ditangannya, namun si ulat buku lebih tahu selok belok kehidupannya sendiri. Adakala perlu berubah namun tetap berprinsip.

9. Berhati-hati.
Pelaburan yang terbaik adalah dengan membaca buku, ilmu yang diperoleh mampu membeli aset-aset besar dengan modal yang kecil, dapat mengelak kezaliman kapitalis dan kebodohan politik. Pokoknya, segala apa yang tidak tahu jadi tahu bila membaca. Si ulat buku akan terus menelusuri dicelah-celah batu untuk mengambil tahu apa yang tidak tahu, supaya tidak terbodoh dalam kehidupan ini. Itulah sikap berhati-hati si ulat buku. Jadi, jangan sesekali nak hipokrit depannya, hidup selama-lamanya bersama, sampai bila nak berlakon. Si ulat buku zaman sekarang makin canggih, namun kepercayaan antara satu sama lain menjadi pasak dalam sesuatu perhubungan. Jangan khianatinya!

10. Kuat Ingatan.
Si ulat buku lah yang paling susah nak nyanyok. Oleh itu, jangan risau akan tarikh-tarikh penting yang sering kita lupa, kerna si ulat buku tidak akan jemu untuk mengingatkan kita. Hidup menjadi lebih teratur dengan adanya teman hidup macam si ulat buku.


Akhir kata, si ulat buku sentiasa cuba memahami kedegilan lelaki, dan sang lelaki pula cuba menyantuni keresahan emosi si ulat buku. Masing-masing perlu main peranan untuk memenuhi separuh sifat yang kurang dalam pasangan kita, InsyaAllah akan tercapailah makna keserasian dan sekufu kerna kita menuju jalan kesempurnaan yang akan diisi oleh si dia. 

Wallahualam.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

4 comments:

  1. “You should date a girl who reads.
    Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

    Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn.

    She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

    Buy her another cup of coffee.

    Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

    It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas, for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry and in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

    She has to give it a shot somehow.

    Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

    Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who read understand that all things must come to end, but that you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

    Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.

    If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

    You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

    You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

    Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

    Or better yet, date a girl who writes.”


    ― Rosemarie Urquico

    ReplyDelete

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com