Kereta aku menderum laju dek kejarkan masa untuk tarawih di Cheras. Azan Isyak pun berkemundang, ketika itu aku baru sahaja tiba di KL. "Tak sempat ni nak tarawih kat Cheras", getus hatiku. Lalu, Masjid Negara yang bermain dalam fikiran ku, aku terbayangkan tika zaman belajar di KTSN, aku dan beberapa rakan ku beriktikaf di situ tika Ramadhan. Sungguh menggamit memori, zaman pencerahan ku. Tanpa berfikir panjang, terus aku pecut ke sana. Tempat letak kereta penuh, mata aku penuh berhati-hati mencari celah-celah kosong yang boleh aku selit. Aku meluru ke satu pintu pagar yang dikawal oleh pengawal masjid, dia menunjukkan 'peace'. Aku kehairanan, disebabkan belakang aku ada kereta yang menunggu, pengawal itu pun suruh aku cepat masuk ke dalam. Pada pagar pintu masuk tersebut, terpampang 'Tempat Letak Kereta 20 Rakaat'. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh pengawal tu. Hati aku bagai kertas yang berkeremuk. Aku seperti sudah kena 'checkmate, kiri kanan depan belakang ada kereta dan aku sedar tika itu, nak tak nak solat sajalah 20 rakaat. Hasrat aku hendak cabut ke Cheras lepas 8 rakaat terpaksa aku lupakan dengan hati yang lara.
Usai terawih, aku seakan seperti baru disucikan hati aku yang penuh liberal ni. Girang hatiku. Sejahat manapun seseorang itu, jauh dilubuk hati itu pasti ada tersirat kebaikan yang jika dipenuhi akan menyebabkan kita rasa bahagia. Itulah fitrah manusia.
Namun, ada seperkara lagi yang membuatkan aku tersenyum. Solat terawih di Masjid Negara tak ada 'selawat-selawat' ! Tarra!
Teringat pengalaman mengendalikan solat sunat terawih di surau kolej. Aku sekadar mempraktikkan apa yang dipelajari, aku mengimamkan solat sunat terawih tanpa diiringi 'selawat'. Usai sahaja solat, ada seorang kawan bertanya kenapa tiada selawat? Tak ada 'feel' terawih katanya. Aku mampu tersenyum, nak terangkan takut silap. Teringat juga ada ustaz kata kalau ada ilmu tapi praktikkan tak kena tempat, kita pula dilihat yang kurang cerdik atau 'wahabi'. Demi meraikan orang ramai, maka keesokannya pula aku buatlah seperti kebiasaan orang kita buat. Aku pula yang rasa serba salah, serba tak kena.
Ada beberapa tempat aku telah pergi untuk berterawih pada ramadhan kali ini. Ada tempat, yang bilalnya bersungguh-sungguh untuk menghabiskan selawat, walaupun tersangkut-sangkut, baru kali pertama mungkin. Ada tempat yang ada tazkirah selepas isyak sebelum terawih, ada tempah ada tazkirah selepas 4 rakaat, ada tempat tazkirah sampai setengah jam!
Mengapa kita bersungguh dengan 'selawat' tapi tidak pada penghayatan solat itu sendiri. Kita lebih gemar menempek benda-benda tambahan terhadap perkara pokok yang kita sendiri kurang. Tazkirah ketika solat sunat terawih pun satu hal, katanya alang-alang tengah ramai orang datang terawih, selit sikit tazkirah. Aku tiada masalah kalau tazkirah sekejap, tapi kalau lama, jam otak aku. Kenapa kita tidak beri fokus masa khutbah jumaat? Masa tu lagi ramai ada, tapi kalau dah baca teks satu nada, siapa yang nak dengar.
Pemurniaan ibadah berteraskan ilmu merupakan jihad bagi kita. Semoga amalan kita diterima dan bertambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad dan makin kita kenal Allah. Islam itu mudah, kita yang susahkan.
Wallahualam.

- Buku 'Sunnah Ramadhan' , ustaz Syihabuddin - |

Post a Comment