Jan 1, 2015

Seimbang

Abi minta aku untuk hantarkan kerusi malas kepada pak cik aku yang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, anaknya masuk hospital disebabkan kemalangan. Maklumlah, hospital tu sesak gila, katil pesakit sampai ada yang kat luar pintu wad, harapnya kerusi malas tu dapatlah memberi keselasaan sikit. Budak medic macam aku ni mulalah berlagak macam doktor, tengok pesakit-pesakit, sambil-sambil tu nak diagnos apa penyakit mereka ni. Ah, poyo saja aku ni. Sebenarnya berat hati aku nak menghantar kerusi malas ni, tapi aku tekadkan niat nak berjumpa pak cik aku yang sudah lama tidak ketemu.

Tiba sahaja aku di katil saudara aku yang kemalangan tu, aku terus berlagak matang, bertanya khabar. Matang sungguh, tapi kalau dah jumpa kawan, masuk air jugak aku. Pak cik aku tersenyum lebar dan terima dengan seronoknya kerusi malas yang aku bawa. Lupa cerita derita aku yang malas pada awalnya nak datang jumpa pak cik aku ni. Seronok rupanya dapat bantu orang.

Disebabkan sudah lama aku tidak pulang ke kampung, aku dan pak cik aku berbual panjang. Bersahaja saja tapi ada mesej penting yang aku ingat sampai sekarang. Tipikal, kalau kita belajar perubatan, mulalah saudara mara akan tanya macam-macam berkaitan kesihatan. Pak cik aku pun tanya lah kenapa anaknya tu demam, adakah disebabkan kemalangan? Aku pun sekilas tengok keadaan saudara aku tu, teruk juga luka yang dia alami. Hipotesis aku mungkin ada jangkitan pada luka, bila ada luka, kuman senang nak masuk. 

Pak cik aku cepat tangkap, siap dibawa analogi lagi sambil diselit sedikit nasihat. Katanya, kita semua sudah dijadikan sangat cantik, seimbang. Nikmat Tuhan. Bila keadaan tidak seimbang, ia akan jadi rosak, lebih teruk ditimpa musibah. Ibaratnya seperti gigi, susun rapi Allah jadikan, tapi bila ada makanan ke, apa-apa yang terselit kat gigi, tak senang duduk kita. Lidah kita sibuk nak buang benda yang terselit tu. Macam juga dengan sistem badan manusia, Allah jadikan kita sihat tapi bila ada benda asing masuk, kita jadi demam. 

Wah, kagum betul aku dengan pak cik aku.

Hipotesis aku tu cuma Sunnatullah, yang memberi sakit dan menyembuhkan tu Allah jua (syariatullah). Mencari pertengahan itulah yang digalakkan, seimbangkan antara dua perkara ini, kalau tidak, takut-takut aku jadi doktor yang berlagak menyembuhkan ataupun sebaliknya. Nauzubillahuminzalik.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com