Antara syndrome orang yang mula minat membaca adalah kita akan beli buku baru walaupun buku lama tak habis baca. Lebih baik gila buku daripada gila bayang.
Pernah aku tanya kepada seseorang yang luas pengalamannya dalam bidang akademik, apakah pandangannya jika terdapat pendapat orang yang mengatakan kita tidak boleh membaca buku seperti Bible atau Karl Max selagi akidah kita tidak kuat, atau asas Islam kita tidak mapan? Atau buku Haraki tak habis baca lagi? Aku bersependapat dengan beliau kerana aku sendiri mempunyai pengalaman seperti situasi berikut.
Setiap orang mempunyai spiritual journey yang tersendiri, malangnya spiritual journey aku bermula dengan mengenal falsafah yang banyak teorinya. Aku tiada masalah pun jika orang lain tidak membaca buku haraki asalkan membaca.
Suka aku petik kata-kata Syeikh Muhammad al-Ghazali :
"Aku tidak takut terhadap manusia yang berfikir sekalipun di sesat kerana dia akan pulang ke jalan kebenaran. Tetapi aku takut terhadap manusia yang tidak berfikir sekalipun mendapat petunjuk kerana dia akan menjadi seperti bulu yang ditiup angin."
Cuma sedikit pesanan orang yang aku bertanya tu, kita jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita peroleh. Suatu kebenaran itu perlu diteruskan pencariannya. Bacalah apa sekalipun, teruskan mencari kebenaran itu. Jangan pernah berputus asa membaca. Jadilah seperti Nabi Ibrahim yang setiap dalam solat kita sebut ketika Tahiyat akhir, dalam pencariannya, Allah tunjukkan kebenaran siapakah Tuhan yang sebenar.
Satu kerisauan aku, pabila cuba untuk refleksi semula, adakah diri aku ni bayangan kepada apa yang telah aku baca. Setakat mana amalan aku terhadap apa yang telah aku tahu. Adakah sesuatu info itu sekadar tahu tetapi tidak bergerak kepada mahu yang baru dikatakan sebagai ilmu?
Aku pun tidak pasti adakah aku telah temu jawapannya atau tidak. Ini firasat aku sahaja. Bermulanya study week, aku pun belajar seperti mana orang lain belajar. Setiap orang caranya berbeza. Aku bermula dengan menjawab soalan past year, sambil-sambil tu aku pun berangan. Aku menggambarkan soalan yang ditanya seolah-olah terjadi situasi yang sebenar, dan aku sebagai doktor, bagaimana aku bertindak. Begitulah lagaknya aku, rasa seperti kembali ke alam kecil aku. Hasil tindakan aku itulah barangkali amal aku terhadap ilmu yang aku pelajari. Begitu jugalah dengan buku yang bukan akademik, aku perlu berinteraksi dengan ilmu supaya aku dapat hayatinya dengan lebih mendalam lalu terdetik hati untuk mahu beramal. Al-Quran pun begitu juga, perlu ada rasa kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Bukankah Al-Quran itu kalam Allah?
Walau apa pun, ia tidak semudah bicara. Jihad menuntut ilmu itu lebih dahsyat cabarannya. Namun, yakinlah Allah pasti akan mudahkan jalan orang-orang yang betul-betul mahu menuntut ilmu. Tunjukkan kesungguhan dan keazaman kita untuk beramal, insyaAllah Allah tahu isi hati kita, kita nak sahut seruan IQRA'!
Ni kalau mati kena hempap ni, kira mati syahid sebab jihad ilmu tak?
Post a Comment