Dec 16, 2014

Mencari Jalan

Hujung minggu terasa sunyi, maklumlah posting JKM di Beranang ni. Siapa pernah rasa faham sajalah, jika ikutkan hati, mahu sahaja tidur setiap masa. Tiba-tiba teringatkan jemputan daripada Abe Bie untuk join Akademi Politik Budi. Sepertimana PKR ada Sekolah Politik, DAP ada Sekolah Demokrasi, kini Pemuda PAS membawa sekolah politik versinya tersendiri. Biar pun agak terlambat, lebih baik daripada tiada langsung.

Sidang Parlimen Belia

Aksi kemuncak dalam akademi. Aku berada dalam kumpulan kerajaan diberi tugasan untuk memperdebatkan dan mengusulkan rang undang-undang membenarkan penjualan cakerapadat pornografi. Nama tajuk pun dah tak Islamik dah.

"Kalah tajuk Sekolah Politik", ujar sahabat yang merupakan alumni Sekolah Politik.

Liberal sungguh.

Sesaat sebelum bermula, Perdana Menteri (Ketua Kerajaan) meminta aku untuk mengulas isu daripada sudut ekonomi. Aku tercengang. Aku ni budak medic tapi diminta untuk ulas isu ekonomi? Aku cuba rasionalkan diri, mungkin dia ingat aku pakar ekonomi sebab dalam perbincangan kami, aku menyentuh perihal bajet. Ada sahaja orang yang lebih layak, pelbagai latar belakang pendidikan dalam kumpulan aku, ada yang ambil master undang-undang, sosiologi, sains politik, fiqh muamalat, grad dari UK pun ada. Atas dasar berinspirasikan Dr. Dzulkefly Ahmad ketika kelas ekonomi pada petangnya, aku sahut cabaran tu. Aku tabik pada beliau kerana beliau ada Phd Toxicology daripada universiti di UK, dalam masa yang sama pakar dalam bidang ekonomi juga.

Segalanya berjalan lancar tanpa caci maki. Walaupun aku sedikit kalut, maklumlah baru pertama kali berdebat. Ilmu parlimen yang dikongsi kawan-kawan yang ada pengalaman berdebat sedikit sebanyak membantu aku mengawal keadaan dan mengatur strategi ketika debat parlimen. Kami semua bersepakat setuju untuk tidak bersetuju. Itulah cara kami menguruskan ketidaksefahaman antara kami. Kami tidak mahu buang masa untuk bergaduh sesama sendiri. Cabaran semakin mencabar, dengan serangan pemikiran, ideologi, falsafah, kita kena bersedia untuk menghadapinya, lebih-lebih lagi yang bergelar aktivis gerakan.

Namun, tidak adil lah jika kita bersungguh menuntut ilmu tetapi meninggalkan ilmu Al-Quran tu sendiri. Mukjizat yang dalamnya terdapat ilmu yang memang untuk umat akhir zaman, cabaran akhir zaman. Persoalannya, siapa yang akan mengupas Al-Quran mengikut konteks semasa? Masih adakah Syed Qutb yang mampu melawan hujah falsafah dengan menggunakan ilmu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah?


About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com