Dec 6, 2014

Sejarah Yang Dilupakan

Cikgu Rozita, guru Matematik Tambahan aku. Karakter beliau melengkapkan hipotesis aku iaitu cikgu nombor-nombor ni garang, sejak sekolah rendah. Tidak terkecuali umi aku yang merupakan guru Matematik juga. Entah bagaimana, aku tetap jatuh cinta dengan nombor juga.

Walaupun zaman aku tika itu menggunakan bahasa penjajah dalam subjek Matematik dan Sains, Cikgu Rozita dan umi tetap akan mengingatkan terma-terma Matematik dalam Bahasa Melayu. Siapa sangka 'integration' dalam Matematik itu bermaksud kamiran. Masih tersemat lagi dalam ingatan aku bagaimana raut wajah sekelas bila mengetahuinya. 

'Kampung nya bahasa'

Hakikatnya, itulah sejarah yang semakin pupus. Simbolik jati diri tika dahulu, kini pudar.

Masih ingat lagi, tika itu ada sekumpulan manusia yang menentang tindakan kerajaan menetapkan polisi penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains. Otak mentah aku tidak dapat menelan apa sebenarnya berlaku, ikutkan sahaja tindakan kerajaan.

Artikel Azman Baharom dalam buku 'Mahasiswa Bangkit' membuatkan aku tertarik tentang perjuangan bahasa ni. Buku 'Pedagogi Bahasa Tertindas' menjadi hambatan aku dalam mendalami isu ini.

"Kenapalah mereka ni beria-ia sangat nak pertahankan Bahasa Melayu ni?"
"Ada harapankah Bahasa Melayu ni?"

Pelbagai persoalan aku pacakkan siap-siap supaya pembacaan aku lebih berfokus. Ternyata, penjajah itu tidak akan pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan taik mereka, dan tanpa segan silu kita pula yang menjamah taik mereka itu.

Sesuatu perjuangan memerlukan prinsip. Jangan dicop PERKASA sudahlah, mereka tu pejuang perkauman yang tindakannya nampak macam badut. Aku lebih suka bangsa Cina berbahasa Kantonis, bangsa India berbahasa Tamil, aku lagi suka kita semua berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu. Salahkan kita meniru negara Jepun yang langsung tidak malu menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun dalam universiti sekalipun! 

What special about your country?
Fat Rice!


About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com