Kuliah informal yang pertama kali (bukan kuliah biasa) aku join ketika PASUM adalah kuliah tertutup ustaz Fathul Bari. Meh.
UM memang terkenal dengan wacana-wacana ilmu yang diadakan diluar jadual kelas itu sendiri, maka tidak hairanlah mahasiswa UM sedikit sebanyak agak radikal dan kritikal dalam memberi pandangan.
27 September 2014, terlakarnya sejarah menunjukkan mahasiswa bangkit mempertahankan kebebasan akademik seperti mana yang terlakar dalam buku 'Menggugat Mahasiswa' dimana mahasiswa UM bagaikan raksasa memperjuangkan hak mereka. Sejarah telah pun berlaku, apa pula kena mengena dengan kita?
Bila percakap pasal kebebasan akademik ataupun free education, aku lebih tertarik untuk ambil ibrah filem dokumentari Internet's Own Boy : Aaron Swartz. Dokumentari seperti ni telah menyebabkan tempurung kepala aku pecah dan menjawab beberapa persoalan yang sering aku terfikir dan alami sejak dari bangku sekolah lagi.
Nak dipendekkan cerita, Aaron Swartz ni budak dropout, mengerti apa yang dikatakan dengan sistem pendidikan itu dan merupakan hacker. Dia gunakan kepakaran dia untuk membebaskan jurnal-jurnal yang terperangkap dengan wang yang perlu dibayar jika ingin membacanya, kemudian dia akan upload di website nya sendiri supaya semua orang boleh membacanya secara percuma. Ok, mungkin orang akan kata dia ni macam Robin Hood, menggunakan cara yang salah untuk bantu orang. Pak ustaz kata, matlamat tidak menghalalkan cara. Itu perkara cabang, jom kita fokus pada perkara pokok.
Yang dahsyatnya, kerajaan telah menghukum dan melayan dia seperti hacker-hacker yang kita kenal dengan kerja jahat. Tujuannya, supaya ia menjadi contoh kepada hacker-hacker lain agar jangan sesekali berani bermain jentik-jentik dengan kerajaan. Apa kejadah! Demi pendidikan orang, dia ditindas dan dilayan seperti penjenayah. "The power is in your pen". Dengan ilmu segala kebatilan akan panas punggung.
Selama dua tahun sering diancam, turun naik ke mahkamah, akhirnya dia telah bunuh diri. Tekanan barangkali. Atau boleh jadi ia sebagai simbolik bahawa kezaliman kerajaan telah bermaharajalela. Tika itu, semua orang bersolidariti untuk beliau, tercatat satu sejarah hitam tentang kezaliman kerajaan. Tidak lama kemudian, ada anak muda yang mengikuti jejak beliau, hack jurnal dan akhirnya berjaya menghasilkan ubat untuk pancreatic cancer.
Moral of the story, bayangkan kalau semua yang turun demo tu, yang cakna akan pentingnya kebebasan akademik, sama-sama mencelikkan masyarakat walau apa cara sekali pun, percayalah nafas kezaliman kerajaan tidak akan tahan lama.
"Kau duduk depan laptop tak buat apa-apa, nak kecoh-kecoh pulak!"
Aku nak jawab, "Aku dah bosan asyik berdemo jer".
Post a Comment