Oct 4, 2014

MAKIN LARI, MAKIN DIKEJAR

Orang nampak kita kuat, tapi hakikatnya kita tahu betapa lemahnya kita. 

DENIAL STAGE

Akan sampai satu tahap, dimana kita akan merasakan bahawa kita sudah tidak mampu mengemban tanggungjawab yang dipikul. Mungkin kita lupa, tanggungjawab kita yang berat itu sebenarnya hendak memberatkan kita sehingga kita tunduk malu kepada Yang Maha Esa untuk kita mengadu betapa lemahnya kita dan memohon kekuatan.

Jika kita sangka bahawa segala apa yang berjaya kita lakukan adalah disebabkan kelebihan kita sendiri, cepat-cepatlah hantukkan diri kita ke dinding. Sedarlah! Usah mendapang dan mendabik dada, semua itu tidak akan berlaku tanpa izin-Nya. Jika kita beriman.

MEMIMPIN

Jika kita tidak sokong untuk memimpin umat, jangan lupa kita ada tanggungjawab untuk memimpin diri sendiri. Itulah hakikatnya, memimpin itu adalah tanggungjawab semua orang. 

Semakin kita menidakkan untuk mengemban tugas memimpin, semakin kita berasa sangat terbeban.

Sekuat mana kita belajar sekalipun, jangan biar satu hari kita itu berlalu daripada memikirkan hal umat. Jika umat itu terlalu besar skopnya, fikirlah tentang keadaan di tempat kita belajar atau bekerja, paling tidak pun ahli keluarga kita sendiri.

Yang menjadi permasalahan adalah persepsi kita bahawa memimpin ini hanya perlu difikirkan oleh orang yang ada jawatan dan taklifan sahaja. Seorang cleaner itu pun perlu memikirkan bagaimana untuk memastikan kebersihan kolej itu terjaga dengan efektif, ini kan pula kita sebagai pelajar, mahasiswa pulak tu yang kononnya ada IQ lebih sikit, berlagak membuang sampah merata-rata.

Seorang pemimpin yang hebat itu bukanlah diukur pada tingginya jawatan yang dia ada, tetapi ia dilihat pada keberkasanan dia memikul sesuatu tanggungjawab itu walaupun sekadar menjadi penampal poster.

"Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua". 




About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com