Seronoknya diberi taklifan untuk mengendali kuliah-kuliah agama adalah selepas kuliah itulah masanya berborak secara esklusif dengan penceramah-penceramah jemputan yang hebat belaka. Orang kata berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wanginya akan melekat pada kita juga.
Macam-macam perkara yang dibincangkan dan dikongsi bersama.
Pernah suatu masa, berborak dengan seorang ustaz dari UIA, dengan tawadhuknya beliau berkongsi dan memberi motivasi :
Ustaz : Kami yang dah tua ini adalah apa yang kami lakukan ketika kami muda. Manfaatkan masa muda enta yang tengah semangat. Bimbing semangat dengan kefahaman.
Zaman muda adalah zaman kekuatan antara dua zaman kelemahan iaitu ketika zaman kanak-kanak dan zaman tua nanti.
"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."

(Surah Ar-Rum : 54)
Post a Comment