Terungkapnya lafaz syahadah, maka berlakulah satu perjanjian antara makhluk dan Pencipta makhluk. Syariatullah dipatuhi demi menjadi hamba Allah yang sejati, sunnatullah diikuti demi menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Terciptanya manusia di alam ini memang tidak boleh lari dari hukum alam (sunnatullah). Maka, menjadi PEMERHATI alam ini sangat penting, untuk mengutip ibrah yang telah Allah berikan ini, bagi mereka yang MEMERHATI.
Berlalunya malam, maka terbitlah fajar. Yang kuat bangkit dari tidur demi menyambut subuh yang suci. Kemudian mengingatkan mereka yang sedang enak dibuai mimpi.
Marilah mengerjakan solat,
Marilah menuju kejayaan,
Solat adalah lebih baik daripada tidur.
Seterusnya, bertebaranlah manusia di atas muka bumi untuk mencari rezeki. Setelah penat berkerja, manusia direhatkan dengan solat zuhur. Solat yang didirikan meringankan manusia daripada sifat mengejar kebendaan, sifat yang akan menenggelamkan manusia dalam perlumbaan duniawi.
Apabila matahari mula condong untuk tenggelam, muazin memperdengarkan azan yang ketiga. Tanda masuknya waktu solat asar. Matahari terus menyembunyikan diri lalu hilang dari pelosok langit. Sekali lagi azan dilaungkan bagi menunaikan solat maghrib. Pabila hilangnya senja, azan terakhir dilaungkan sebagai penutup solat dalam kehidupan seharian iaitu solat isyak.
Begitulah kehidupan seharian seorang Muslim. Hidupnya bermula dengan solat dan juga berakhir dengan solat. Diantara dua solat iaitu Subuh dan Isyak, Muslim itu sentiasa komited memperbaharui temu janjinya dengan Allah. Tak keruan dibuatnya jika terlewat akan temu janjinya bak pasangan yang sedang galak bercinta gelisah jika terlewat temu janji dengan kekasihnya.
Namun, disebalik itu ada hikmah yang tersirat bagi mereka yang MEMERHATI. Peredaran cakerawala yang silih berganti siang dan malam sepatutnya memberi pengajaran kepada kita bahawa masa sedang berlalu. Alam mengajar kita untuk tepati waktu, yang dikatakan menjaga waktu solat agar kita menuju kejayaan (khalifah). Seringkali diingatkan dalam laungan azan, tapi barangkali kita terlupa.
Yang tahu persiapkan diri, yang rindu tak sabar menanti, hadirnya setahun sekali. Keindahan yang tiada tara, kemuliaanya tak habis dibicara, penuh dengan limpahan maghfirah.
Itulah bulan Ramadhan.
Bulan di mana, orang yang melakukan maksiat akan bertaubat, orang yang berpaling daripada agama Islam menerima Islam, dan orang yang lalai akan mengingatiNya. Kebanyakan mereka yang sesat, kembali kepada Allah sambil mengharapkan keredhaan dan keampunan-Nya melalui kesempurnaan ibadah puasa dan bangun malam, sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah ,
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, dosanya yang lalu akan diampunkan. Dan sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, dosanya yang lampau akan diampunkan".
Sebahagian daripada ulama Salaf menamakan solat lima waktu sebagai timbangan harian. Mereka juga menamakan bulan Ramadhan sebagai timbangan tahunan dan hari Jumaat sebagai timbangan umur. Semua itu adalah satu bentuk penjagaan. Supaya apabila hari itu berlalu dengan selamat, maka selamatlah sepanjang minggu. Apabila sepanjang minggu berlalu dengan selamat, maka selamatlah sepanjang pengakhiran umurnya nanti adalah kesudahan yang sempurna.
Selepas berakhirnya perjalanan kerohanian pada bulan Ramadhan, ia akan diikuti dengan perjalanan material dan rohani iaitu perjalanan haji.
Seterusnya, kewajipan menunaikan zakat apabila tiba masanya. Zakat dibayar dalam kebanyakan keadaan dan tuaian, untuk setiap hasil tanaman dan buah-buahan.
Seorang Muslim pasti sentiasa memberikan tumpuan dan memerhatikan pergerakan masa. Ini menjadikan dia tidak melewatkan pengeluaran zakat apabila tiba masanya, iaitu apabila cukup tempoh atau apabila sudah tiba waktu menuai.
Maka, tidak hairanlah Allah berani bersumpah dengan masa disebabkan kepentingannya kepada manusia. Bukan sekali, tetapi berkali-kali Allah bersumpah akan MASA! Penciptaan manusia atas alam ini menuntut manusia untuk berinteraksi dengan alam, memahami peraturan alam itu sendiri iaitu MASA.
Semoga kita menjadi PEMERHATI alam ini yang sedang mentarbiyah manusia untuk menghargai dan menepati MASA agar menjadi khalifah yang berjaya. Harapannya, keluar sahaja kita dari Ramadhan, kita akan menjadi seorang yang menghargai dan tepati MASA. Jangan sampai kita jadi celaka!
Nak berjaya? Tepatilah MASA.
Its a LAW OF NATURE!

Post a Comment