Sungguh hebat kita dahulu ketika zaman kanak-kanak, semua perkara yang kita impikan dapat direalisasikan. Tidak kira sepelik mana yang kita imaginasikan, akan kita laksanakan.
Jika hendak jadi Superman, kita ambil kain dan ikat dileher kita, lalu lagak terbang seperti superman.
Jika kita hendak jadi Power Rangers, selepas menonton cerita Power Rangers, kita akan berangan dengan adik-beradik kita dan bergaduh lagak seperti Power Rangers.
Jika kita inginkan sebuah rumah khas untuk kita, kita akan ambil cushion kerusi dan susun seperti rumah dan duduk dalam tu seperti rumah kita sendiri.
Jika kita hendak kahwin, kita akan main kahwin-kahwin dengan saudara-mara kita.
Jika kita hendak memasak, kita akan main masak-masak.
Semua yang kita inginkan, akan kita usahakan. Jika tidak, kita akan menangis kuat-kuat sehingga kita dapat apa yang kita mahukan.
Hebat bukan?
Sebab itu aku suka lihat ragam kanak-kanak kerana mereka boleh buat apa yang sahaja yang mereka mahukan. Sedikit sebanyak perangai budak-budak itu masih ada dalam diri yang dah tua ini. Soalnya, adakah ia bagus mengikut konteks aku sekarang ini?
Sampai sekarang aku mencari apakah maksud matang yang sebenar. Jika matang itu yang dikatakan serius, aku tidak boleh menjadi matang. Jika aku berubah seperti itu, seakan-akan aku ni hipokrit. Jadi, matang itu seharusnya bagaimana?
Aku ada mendengar satu teori mengenai kematangan ni. Jika kanak-kanak ada banyak pintu yang mereka boleh pelopori, yang dikatakan matang itu dia akan memilih salah satu pintu setelah cuba buka semua pintu lalu memberi fokus kepada pintu yang telah dipilih itu tanpa menafikan pintu-pintu yang lain.
Perjuangan barangkali?
Apa-apa pun aku tetap akan berusaha untuk berubah kearah lebih baik supaya bermanfaat dan menjadi qudwah kepada masyarakat sekeliling.
'You will be someone in future, Zuhair. I believe'.
Post a Comment