Apr 12, 2013

Alahai

Nak gugur jantung aku dibuatnya bila baca entry MalaysiaKini, hari ni, kali ni.

Aku terkedu. Memikir jauh. Kebelakang pun ada. Mengenang kembali zaman dulu.

Alangkah seronoknya, tidak perlu memikirkan sana sini. Fening dibuatnya. Tempurung yang menjadi perisai hebat menapis segala berita-berita buruk, fitnah-fitnah, segala cacian yang telah.....(virus hiburan). Sungguh aman Malaysia tika itu.

Andai ku tahu jalan ini tak semudah dulu kala.........

Kufurkah aku akan pemahaman yang telah aku dapat tapi mahu berlari jauh meninggalkan suasana yang menyeksa jiwa muda ini yang inginkan keamanan?

Fikir sejenak. Ku kutip kata-kata semangat otai yang tidak hairan pun dengan situasi ini. Cuba menyingkap semula sejarah Rasul yang lebih peritnya. Aku bangkit dalam diam.

Diam aku tidaklah membenarkan perkara ini terus berleluasa. Bersetuju dengan apa yang telah disebarkan jauh sekali!

Bimbang aku terhadap Generasi X dan Z adalah lebih berat daripada bimbang aku terhadap orang sana akan Islam mereka. Yang membawa cerita bukan orang putih, orang kita!.

Andai betul sekali pun cerita yang mereka bawa, selesaikan cara Islam. Lebih tertutup, menjaga aib orang, menjaga pemikiran orang dan menjaga anak korang! Fuh, jika Generasi X dan Z pun tak mampu untuk difikirkan, apatah lagi untuk generasi seterusnya. Z1? Z2? ZZzzzz... Jangan lupakan hari PEMBALASAN sudahlah.


Allah pasti memberi kemenangan kepada mereka yang berada di jalan yang BENAR! Semoga Allah merahmati kita semua.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com