Feb 23, 2013

Tak sudah

Program demi program.
Jawatan demi jawatan.
Makin hendak cari pengalaman, makin banyak kesalahan yang telah dilakukan.
Seolah-olah tiada kesudahan.

"There must be first time", ujar sahabat.


Simple serta tepat. Cepat aku faham apa yang cuba disampaikan oleh sahabat aku ni. Mungkin disebabkan beban yang aku pikul atas sebab kesalahan yang aku timbulkan telah menolak aku untuk keluar dari comfort zone dan memaksa fikiran aku untuk pantas bekerja.

Lama aku renungkan, muhasabah sebentar.

Sebelum ini, apabila aku tersungkur dalam peperiksaan, aku berasa sangat malu, lebih-lebih lagi aku aktif melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian (poyo). Takut-takut aku membawa fitnah. Rupa-rupanya trauma aku tu terbawa-bawa sampai sekarang. Hilang fokus. Berusaha untuk membuat kerja dengan sebaiknya. Semata-mata tak nak dikritik atau bahasa poyonya tak nak bawa fitnah. 

Hilang matlamat.

Bilamana kita membuat sesuatu pekerjaan semata-mata kerana manusia, kita tidak akan pernah memuaskan mereka. Tapi apabila awal pekerjaan kita telah berserah secara total kepadaNya, yakni melaksanakan tugasan dengan mengharapkan kekuatan dan pertolongan dariNya, all is well (3 idiots). 

Ya, manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Aku berusaha untuk melaksanakan amanah yang telah Engkau berikan Ya Allah. Tapi bila aku silap atau alpa atau cuai, aku hina dan kalah pada pandangan manusia, tapi aku menang pada sisi pandang Mu Ya Allah. Allah,,,, luasnya rahmatMu yang tidak pernah kunjung padam.

Kita semua pasti hendak yang terbaik. Tetapi hakikat kehidupan tidak dapat lari dari baik dan buruk.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]

Semua itu ada permulaannya. Itulah yang dimaksudkan oleh sahabatku. Baik buruk kita sekarang ini adalah hasil dari permulaan kita, boleh jadi juga permulaan kita baik dan buruk. Namun, usaha kita yang menentukan perjalanan kita sama ada ke arah baik atau buruk.

Bila permulaan kita buruk, berusahalah untuk memperbaikinya. Bila baik, bersyukurlah dan berusaha untuk tingkatkan mutu. Yang pastinya kita semua menuju untuk jadi yang terbaik. 



Yang gagal tak selamanya gagal.

Langit tak selalu cerah. Hidup tak selalu indah.

About the Author

Muhammad Zuhair Masiran

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com