Nov 27, 2015


Tiba masa rakan-rakan pembangkang move on. Haha..

Sejak aku sudah tidak di'taja' oleh kerajaan untuk 'melanjutkan' pengajian bidang perubatan, otak aku makin geligat. Aku makin bebas daripada cengkaman durjana (baca : kerajaan). Aku tahu, aku tak boleh nak harapkan kerajaan lagi, sebab kerajaan pun dah tak ada harapan.

Jadi, mata aku laju meluru bagai helang mencari mangsa, mencari setiap inci peluang. Jika helang boleh terbang tinggi, aku boleh menaip laju. Jadi, apa si helang ini jumpa?

Matawang Malaysia yang terjunam, ada sisi baiknya juga, bagi peneroka peluang. Inilah masanya untuk menjana matawang dollar berbanding Ringgit Malaysia. 

Bagaimana?

Salah satunya adalah Google Adsense. Tetapi, cara ini perlukan blog yang berbahasa Inggeris. Jadi, aku dah buat lagi satu blog khas untuk medicine. Ini linknya, HACK MEDICINE (kosong lagi).

Satu tips, orang yang bisnes cara ni, biasanya mereka ada berlambak blog. Jadi, aku cuba praktikkan terus.

Seterusnya, kena tunggu 2 minggu lagi baru boleh letak google Adsense.

Itu sahaja setakat ni tips blogging. Nantikan eksperimen aku seterusnya. Nama pun eksperimen, jadi tak jadi tu no dua ok. Kalau korang rasa nak cepat sikit, boleh belajar dari blog ni, HasrulHassan. Setakat ni, blog ni aku rasa yang paling terbaik untuk dijadikan rujukan.

Selamat Mencuba!

Krisis Matawang Malaysia : Peluang Untuk Menjana Dollar.

Nov 22, 2015


Walaupun cerita Inside-Out macam cerita budak2 tetapi isi cerita ini sungguh padat dengan nilai akademik, terutama sekali bab psikologi.

Cerita ini difokuskan terhadap perwatakan seorang budak perempuan sejak daripada kecil sehinggalah kearah kedewasaanya. Cuba korang imbas kembali, bagaimana korang punya perwatakan sewaktu kecil, persekitaran yang macam mana korang hidup. Semua tu mempengaruhi pertumbesaran serta perwatakan kita. Pernah dengar tak, siapa dulu kecil2 dia nakal, dah besar dia lah yang paling protective. Maka beruntunglah budak nakal. Hehe.

Tapi, ada perkara lebih besar yang aku nak fokuskan mengenai cerita ini. Korang perasan tak, ada orang yang jenis kalau cakap orang lain akan ikut, tapi bila kita, hampeh! Tak ada seorang pun yang hirau. Kita sangka kita sudah cukup bagus untuk orang ikut cakap kita, tapi realitinya tidak.

Orang yang ada ciri-ciri ni bukanlah sekelip mata ada kuasa ajaib boleh mempengaruhi orang lain. Dan kita pun boleh melatih diri kita kearah itu juga. Jadi, jom kita contohi satu watak dalam cerita ini iaitu Sadness.

Sadness? Dah lah stress moody memanjang, orang tengok pun jadi down. Apahal dia yang diketengahkan?

Rilek dulu brader. Korang ingat tak scene Sadness berjaya pujuk Bing Bong selepas kereta terbangnya dibuang ke dalam gaung? Ok, kalau ingat bagus. Sebelum itu, Joy, watak utama yang girang itu pun sudah cuba memujuk Bing Bong terlebih dahulu tetapi tidak berjaya.

Crying helps me slow down and obsess over the weight of life's problem
- Sadness -


Hanya Sadness yang dapat memahami Bing Bong yang sedang dirudum kesedihan. Ok, ni lah poin aku. Orang akan mudah ikut cakap kita bila kita sendiri yang memahami keadaan orang tu. Nak senang cerita, 'put yourself on others shoes'.

Benda ni pun dah ada kat dalam buku How To Win Friends and Influence People tulisan Dale Carnegie. Antara poin lain dalam buku ni hah kat bawah ni aku korekkan untuk korang.

1. Bercakap tentang minat kawan kita, bukan kita punya minat. 
Jadilah pendengar yang setia kemudian cari titik persamaan untuk dikongsi bersama. "Eh, tak sangka kita ada banyak persamaan". Jangan terkejut kalau member tu cakap macam ni. =)

2. Kawan kita tak salah
Berbeza pendapat tu perkara normal. Tetapi jangan sesekali kita kata kawan kita salah. Dalam masa yang sama, kita jangan senyap je kalau salah, nanti jadi dendam pulak. Jadi, kita pun beritahu r juga kita punya pandangan. Kalau member dah kawtim gila, cakap direct pun tak ada hal.

3. Orang suka bila dia dapat faedah.
Orang akan jadi suka bila dia dapat menjadikan dirinya lebih baik, orang kampung aku cakap added value. Jadi, bila kita cakap dengan member, biarlah benda yang boleh beri manfaat kat member kita. Tapi janganlah skema sangat, nanti member lari.

"Tapi,,,,,,, kalau buat semua ni nampak macam hipokrit pulak".

Tu sebab aku cakap, benda ni tak mudah tapi boleh belajar. Mula-mula acah-acah je r, lama-lama benda tu jadilah habit kita. Akhir sekali, benda yang paling penting dalam hubungan adalah KESETIAAN. 

Jagalah tali kita dengan Allah, insyaAllah, Allah jaga tali kita dengan manusia.

Nak Pengaruh orang bukan mudah tetapi boleh

Nov 21, 2015

Nak tanya jujur ni, tolong jawab dengan jujur.
Korang pernah tak, simpan duit, memang betul simpan ni, bukan main-main. Tapi pengakhirannya duit simpanan kita bocor. Entah tak tahu kat mana hilangnya. Rupa-rupanya kita lah puncanya.

Jangan risau, aku pun menghadapi situasi yang sama. Jadi, aku nak korang tahu ilmu yang aku dah tahu ni. Kalau korang dah faham infografik pasal cashflow ni, nanti aku terangkan pulak bila masa nak melabur.


Ok, dah faham? Satu soalan aku nak tanya sebelum kita pergi bahagian pelaburan. 
Korang punya level kat mana?

Siapa yang kat tahap 1 dan 2, jangan risau, masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita. Nak bagi korang motivasi lagi untuk berubah, meh aku ajar sikit.

Sebelum tu, aku nak korang bayangkan IMPIAN TERBESAR korang yang hendak dikecapi.
Dah? Ok, jom tengok infografik lagi satu ni.



Tak faham? Rilek, meh aku terangkan satu persatu.

FASA 1.
Fasa ini adalah fasa kita kena simpan jer. Formulanya macam yang dalam gambar atas ni. Orang kewangan kata, simpanan kita setiap bulan, paling busuk pun kena 10% daripada kita punya pendapatan. Jadi, pastikanlah kita punya lebihan selepas berbelanja adalah 10% daripada pendapatan kita?

Habis tu, kalau yang tiada pendapatan macam pelajar yang dapat biasiswa?
Cadangan aku, untuk permulaan, korang catat jer dulu berapa banyak korang belanja. Contoh, korang belanja sebulan RM300, jadi korang dah boleh tetapkan siap2, setiap bulan korang punya peruntukan daripada biasiswa adalah sebanyak RM330. RM30 ni kita masukkan dalam Tabung Simpanan atau kita namakan Tabung Kecemasan.

Kenapa KECEMASAN? Bila kata kecemasan, korang tak boleh usik langsung tabung kecuali ada kecemasan, nama pun kecemasan. Orang kewangan cadangkan, jumlah duit dalam tabung kecemasan, minima 3 bulan x perbelanjaan kita. Sebabnya, andaikata pelaburan atau perniagaan kita bankrup, kita ada perbelanjaan selama 3 bulan untuk kita hidup, sementara tu sempat lah nak cari kerja baru. Jadi, nak selamat, ada orang cadangkan 6 bulan. Terpulang r kat korang. 

Korang nampak tak, korang dah ada aim nak simpan berapa banyak? Baru semangat nak simpan. Selagi tak capai target, jangan haraplah korang nak teruskan ke tahap 2 iaitu pelaburan.

FASA 2

Ok, aku nak bagi nasihat sikit, aku tak nak korang ulangi kesilapan aku. Sudahlah kita lambat nak sedar pasal kewangan kita, lepas tu, bila kita nampak kawan kita buat pelaburan, kita pun sibuk nak buat. Orang carum takaful, kita pun nak gak. Akhirnya, kita tak ada duit yang cukup untuk belanja sebulan.

Itu sebablah pentingnya kita lengkapkan Fasa 1 tu dulu.
Lengkapkan Fasa 1 tu dulu, nanti aku cerita lagi.

Nantikan sambungan seterusnya. Siapa yang nak tahu sambungannya, boleh pm aku di fb aku Zuhair Masiran, nanti aku beritahu bila aku dah update.

Ada apa2 persoalan, boleh whatsapp 0132107907 ataupun pm inbox fb.

Sekian, terima kasih.


Tahap Kesihatan Cashflow Kita

Oct 23, 2015


Nota ini apa yang aku dapat hasil daripada program ini. Perincian terhadap poin-poin yang aku bawakan tidaklah terlalu akademik, tak sempat nak buat pembacaan lebih mendalam. Tetapi, serba sedikit bermanfaat untuk kita menanggapi bajet yang bakal dibentangkan. Khususnya, anak muda yang rasa tak ada kaitan dengan bajet ni, sedarlah dan ambil tahulah betapa bajet ini sangat memberi kesan kepada kita. 

Model Pembangunan Negara. 
Bila cakap pasal moden pembangunan negara, bukan berapa banyak pendapatan negara sahaja yang perlu kita lihat, yang boleh memajukan negara, tetapi pelbagai aspek lain yang perlu dititikberatkan seperti kadar kemiskinan, pembangunan masyarakat, jurang miskin dan kaya, gelandangan, kadar bunuh diri dan macam-macam lagi. Sebab itu Prof Nazari sangat menekankan supaya kita mengubah sudut pandang kita terhadap model pembangunan negara yang selama ini bahawa dengan material kita boleh maju. Contohnya, apabila kerajaan berjaya meningkatkan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga, bermakna kita sudah maju. Tidak!, korang perasan tak kenapa negara-negara moden seperti US, Singapura, Jepun, kadar bunuh diri boleh tahan juga. Itulah contoh yang dibawa oleh Prof Nazari, bila model pembangunan terlalu mementingkan             modenisasi, katanya boleh memajukan negara, tetapi dalam masa yang sama masalah lain makin menular. Dalam bajet ni, kita dah boleh ukur model pembangunan negara kita bagaimana? Sektor mana yang mendapat peruntukan paling tinggi. Tengok jelah nanti.




Jumlah Perbelanjaan
Prof Nazari pesan kat kita, nanti bila bajet dibentangkan, tengok berapa jumlah bajet kali ini? Makin banyak atau sikit jika dibandingkan dengan bajet tahun lepas? Orang kata, makin besar periuk, maka besarlah keraknya. Dalam situasi sekarang ni, dengan rasuah dan ketelusannya, kalau bajet lebih tinggi, ada potensi berlaku ketirisan lagi tak? 

Kalau lebih tinggi, BAHAYA! Kenapa? Bila bajet tinggi, hutang pun makin tinggi. Kemudian, rakyat akan dikerahkan untuk menjana ekonomi dengan lebih hebat lagi, dan kerajaan akan mendapat hasilnya, itulah yang dikatakan pendapatan negara. Pendapatan negara tu  pula kita guna untuk bayar hutang negara. Negara maju, hutang pun maju.


Kutipan GST
Untuk membantah pelaksanaan GST, nasi sudah pun menjadi bubur. Apa yang boleh kita buat adalah kita desak untuk tahu kemana kutipan yang sebanyak RM23 billion setahun itu disalurkan. Tidak cukupkah untuk membayar konsensi-konsesi tol sehingga terpaksa menaikkan tol?






TPPA
Semua orang tahu atau buat-buat tak tahu memang sekarang ekonomi negara kita ini sedang tenat. Jadi, antara inisiatif untuk meningkatkan semula ekonomi adalah melalui TPPA. Itu sebablah kerajaan bersungguh-sungguh untuk mempersetujui TPPA, tak lain tak bukan untuk meningkatkan semula sokongan rakyat kepada kerajaan. Tetapi perlu kita ingat, impak negatif daripada TPPA, campurtangan daripada negara luar. Jadi- berhati-hatilah.




Akhir kata, sambutlah dan bersamalah Prof Nazari dalam memperjuangkan ekonomi dengan berpaksikan neraca kemanusiaan, bukan material semata-mata. Pembangunan sesebuah tamadun bukan diukur tingginya bangunan yang dicipta, tetapi mentaliti pemikiran masyarakat. Adakah sektor pendidikan akan mendapat peruntukan yang banyak dalam bajet sesi kali ini? Sama-sama kita nantikan. 

Kepada yang dah cukup syarat kekayaan tu, bayarlah zakat agar duit itu terus mengalir kepada yang berhak menerimanya, Banyakkan bersedekah dan berinfak agar ekonomi kita lebih dinamik dimana yang tidak berkemampuan juga dapat berjual beli. Jika tidak, yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Hapuskanlah jurang ini, Islam amat tidak suka akan hal ini. Hilang rasa kemanusiaan, rasa simpati. Sebab itulah Islam amat mengkeji riba yang boleh memufliskan orang bila-bila masa sahaja. Kembalikan ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam, tiada rasuah, sifar hutang dengan cara perkasakan ekonomi berkonsepkan koperasi atau tolong-menolong antara satu sama lain. Agar kita kembali menjadi manusia yang bantu-membantu, bukannya pentingkan diri sendiri.

Wallahualam.


Debaran Bajet 2016

Oct 21, 2015




Seawal lapan pagi lagi, saya dah kena kira stok yang ada dan susun tempahan untuk dihantar kepada pelanggan. Kemudian, saya kena buat packaging untuk memenuhi tempahan yang tidak cukup lagi. Selesai semua itu, dimasukkan semua stok ke dalam van dan sedia untuk dihantar. Selesai hantar tempahan, saya kena deposit check dalam akaun. Pulang ke kilang, kena bersedia untuk rutin harian seterusnya. Begitulah hidup sebagai pekerja, walaupun agak penat, tetapi banyak ilmu yang saya pelajari. Perjalanan untuk hantar tempahan kepada pelanggan di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan kadang-kadang ke Kuala Lumpur saya manfaatkan untuk mengorek sedikit demi sedikit ilmu bos saya. Mana tidaknya, setiap hari saya kena deposit check yang bernilai hampir SERIBU! Kadang-kadang boleh mencecah RM2K. Itu baru satu hari, cuba bayangkan kalau sebulan? Syarikat yang saya maksudkan adalah Syarikat D'Kochet

Awal sem lepas iaitu sekitar bulan Ogos, saya telah mempraktikkan ilmu yang saya peroleh dan Alhamdulillah, sampai sekarang masih ada lagi permintaan. Oleh itu, saya yakin dengan ilmu yang saya peroleh dan telah saya praktikkan, orang lain juga boleh manfaatkan bersama. Ayuh kita teliti 4 langkah tersebut!

4 Langkah Penting Untuk Mulakan Perniagaan

Oct 7, 2015

Alhamdulillah, dikurniakan sahabat yang suka membaca, maka terpercik sirna kebaikannya kepada diriku. Sering ditegur, kekadang dimarahi olehnya juga. Buku yang dikongsikan sangat membuka minda, bagaimana Islam itu adalah agama yang mendidik secara umumnya. Dalam buku ini, pendidikan itu difokuskan kepada kekeluargaan.


Pembentukan Generasi Dalam Perkahwinan

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com