Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts

Nov 22, 2015


Walaupun cerita Inside-Out macam cerita budak2 tetapi isi cerita ini sungguh padat dengan nilai akademik, terutama sekali bab psikologi.

Cerita ini difokuskan terhadap perwatakan seorang budak perempuan sejak daripada kecil sehinggalah kearah kedewasaanya. Cuba korang imbas kembali, bagaimana korang punya perwatakan sewaktu kecil, persekitaran yang macam mana korang hidup. Semua tu mempengaruhi pertumbesaran serta perwatakan kita. Pernah dengar tak, siapa dulu kecil2 dia nakal, dah besar dia lah yang paling protective. Maka beruntunglah budak nakal. Hehe.

Tapi, ada perkara lebih besar yang aku nak fokuskan mengenai cerita ini. Korang perasan tak, ada orang yang jenis kalau cakap orang lain akan ikut, tapi bila kita, hampeh! Tak ada seorang pun yang hirau. Kita sangka kita sudah cukup bagus untuk orang ikut cakap kita, tapi realitinya tidak.

Orang yang ada ciri-ciri ni bukanlah sekelip mata ada kuasa ajaib boleh mempengaruhi orang lain. Dan kita pun boleh melatih diri kita kearah itu juga. Jadi, jom kita contohi satu watak dalam cerita ini iaitu Sadness.

Sadness? Dah lah stress moody memanjang, orang tengok pun jadi down. Apahal dia yang diketengahkan?

Rilek dulu brader. Korang ingat tak scene Sadness berjaya pujuk Bing Bong selepas kereta terbangnya dibuang ke dalam gaung? Ok, kalau ingat bagus. Sebelum itu, Joy, watak utama yang girang itu pun sudah cuba memujuk Bing Bong terlebih dahulu tetapi tidak berjaya.

Crying helps me slow down and obsess over the weight of life's problem
- Sadness -


Hanya Sadness yang dapat memahami Bing Bong yang sedang dirudum kesedihan. Ok, ni lah poin aku. Orang akan mudah ikut cakap kita bila kita sendiri yang memahami keadaan orang tu. Nak senang cerita, 'put yourself on others shoes'.

Benda ni pun dah ada kat dalam buku How To Win Friends and Influence People tulisan Dale Carnegie. Antara poin lain dalam buku ni hah kat bawah ni aku korekkan untuk korang.

1. Bercakap tentang minat kawan kita, bukan kita punya minat. 
Jadilah pendengar yang setia kemudian cari titik persamaan untuk dikongsi bersama. "Eh, tak sangka kita ada banyak persamaan". Jangan terkejut kalau member tu cakap macam ni. =)

2. Kawan kita tak salah
Berbeza pendapat tu perkara normal. Tetapi jangan sesekali kita kata kawan kita salah. Dalam masa yang sama, kita jangan senyap je kalau salah, nanti jadi dendam pulak. Jadi, kita pun beritahu r juga kita punya pandangan. Kalau member dah kawtim gila, cakap direct pun tak ada hal.

3. Orang suka bila dia dapat faedah.
Orang akan jadi suka bila dia dapat menjadikan dirinya lebih baik, orang kampung aku cakap added value. Jadi, bila kita cakap dengan member, biarlah benda yang boleh beri manfaat kat member kita. Tapi janganlah skema sangat, nanti member lari.

"Tapi,,,,,,, kalau buat semua ni nampak macam hipokrit pulak".

Tu sebab aku cakap, benda ni tak mudah tapi boleh belajar. Mula-mula acah-acah je r, lama-lama benda tu jadilah habit kita. Akhir sekali, benda yang paling penting dalam hubungan adalah KESETIAAN. 

Jagalah tali kita dengan Allah, insyaAllah, Allah jaga tali kita dengan manusia.

Nak Pengaruh orang bukan mudah tetapi boleh

Oct 7, 2015

Alhamdulillah, dikurniakan sahabat yang suka membaca, maka terpercik sirna kebaikannya kepada diriku. Sering ditegur, kekadang dimarahi olehnya juga. Buku yang dikongsikan sangat membuka minda, bagaimana Islam itu adalah agama yang mendidik secara umumnya. Dalam buku ini, pendidikan itu difokuskan kepada kekeluargaan.


Pembentukan Generasi Dalam Perkahwinan

Jul 27, 2015

"Ish, tak nak lah aku ambil tahu hal ni", aku berlalu daripada perbincangan senpai-senpai (baca : senior-senior) berkenaan isu balak yang dikaitkan dengan seorang YB daripada sebuah parti politik.
Lebih baik aku fokus dengan kerja-kerja di kampus ini. Hati aku memujuk diri ini yang sedang ketakutan. Takut jika isu yang dicanangkan media itu betul. Takut jika betul, adakah jalan yang aku pilih ini betul? Aku lari jauh

Buru Kebenaran

Jul 11, 2015

Di ceruk rak buku itu, ku gapai sebuah buku. Sudah dua tahun buku itu tersusun rapi. Buku itu juga tersimpan memori daurah di Melaka dua tahun yang lalu. 

Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah).

Walaupun daurah kali ini seketika cuma, bukan pangkat ustaz yang aku kejar tetapi mencari siapa diri aku sebenarnya. Tanda ilmu yang bermanfaat itu bukanlah kita berasa kita makin berilmu, tetapi semakin kita malu dengan aib kita.

Setiap Pengakhiran Ada Permulaan

Jun 28, 2015

Apa itu anjakan paradigma?
Sebelum kita melonjak lebih jauh, ambil setapak ke belakang dulu untuk memahami apa itu paradigma. Paradigma ini berasal daripada perkataan Greek kemudian Latin iaitu para bermaksud seiringan manakala digma bermaksud untuk menunjukkan. Kalau dicantum, jadilah untuk menunjukkan keseiringan. Dalam buku The Highly Effective fo Seven Habits, Stephen Covey menjelaskan

Anjakan Paradigma

Jun 27, 2015

Kereta aku menderum laju dek kejarkan masa untuk tarawih di Cheras. Azan Isyak pun berkemundang, ketika itu aku baru sahaja tiba di KL. "Tak sempat ni nak tarawih kat Cheras", getus hatiku. Lalu, Masjid Negara yang bermain dalam fikiran ku, aku terbayangkan tika zaman belajar di KTSN, aku dan beberapa rakan ku beriktikaf di situ tika Ramadhan. Sungguh menggamit memori, zaman pencerahan ku. Tanpa berfikir panjang, terus aku pecut ke sana. Tempat letak kereta penuh, mata aku penuh berhati-hati mencari celah-celah kosong yang boleh aku selit. Aku meluru ke satu pintu pagar yang dikawal oleh pengawal masjid, dia menunjukkan 'peace'. Aku kehairanan, disebabkan belakang aku ada kereta yang menunggu, pengawal itu pun suruh aku cepat masuk ke dalam. Pada pagar pintu masuk tersebut, terpampang 'Tempat Letak Kereta 20 Rakaat'. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh pengawal tu. Hati aku bagai kertas yang berkeremuk. Aku seperti sudah kena 'checkmate, kiri kanan depan belakang ada kereta dan aku sedar tika itu, nak tak nak solat sajalah 20 rakaat. Hasrat aku hendak cabut ke Cheras lepas 8 rakaat terpaksa aku lupakan dengan hati yang lara.

Usai terawih, aku seakan seperti baru disucikan hati aku yang penuh liberal ni. Girang hatiku. Sejahat manapun seseorang itu, jauh dilubuk hati itu pasti ada tersirat kebaikan yang jika dipenuhi akan menyebabkan kita rasa bahagia. Itulah fitrah manusia. 

Namun, ada seperkara lagi yang membuatkan aku tersenyum. Solat terawih di Masjid Negara tak ada 'selawat-selawat' ! Tarra!

Teringat pengalaman mengendalikan solat sunat terawih di surau kolej. Aku sekadar mempraktikkan apa yang dipelajari, aku mengimamkan solat sunat terawih tanpa diiringi 'selawat'. Usai sahaja solat, ada seorang kawan bertanya kenapa tiada selawat? Tak ada 'feel' terawih katanya. Aku mampu tersenyum, nak terangkan takut silap. Teringat juga ada ustaz kata kalau ada ilmu tapi praktikkan tak kena tempat, kita pula dilihat yang kurang cerdik atau 'wahabi'. Demi meraikan orang ramai, maka keesokannya pula aku buatlah seperti kebiasaan orang kita buat. Aku pula yang rasa serba salah, serba tak kena.

Ada beberapa tempat aku telah pergi untuk berterawih pada ramadhan kali ini. Ada tempat, yang bilalnya bersungguh-sungguh untuk menghabiskan selawat, walaupun tersangkut-sangkut, baru kali pertama mungkin. Ada tempat yang ada tazkirah selepas isyak sebelum terawih, ada tempah ada tazkirah selepas 4 rakaat, ada tempat tazkirah sampai setengah jam!

Mengapa kita bersungguh dengan 'selawat' tapi tidak pada penghayatan solat itu sendiri. Kita lebih gemar menempek benda-benda tambahan terhadap perkara pokok yang kita sendiri kurang. Tazkirah ketika solat sunat terawih pun satu hal, katanya alang-alang tengah ramai orang datang terawih, selit sikit tazkirah. Aku tiada masalah kalau tazkirah sekejap, tapi kalau lama, jam otak aku. Kenapa kita tidak beri fokus masa khutbah jumaat? Masa tu lagi ramai ada, tapi kalau dah baca teks satu nada, siapa yang nak dengar.

- Buku 'Sunnah Ramadhan' , ustaz Syihabuddin -

Pemurniaan ibadah berteraskan ilmu merupakan jihad bagi kita. Semoga amalan kita diterima dan bertambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad dan makin kita kenal Allah. Islam itu mudah, kita yang susahkan.

Wallahualam.


Dilema Tarawih

Jun 18, 2015

Jarang aku nak ceritakan hal peribadi, terutama berkaitan rumahtangga. Kerna aku pun menyampah juga nak ambil tahu rumahtangga orang lain. Tapi kali ini, terpulang kat korang nak menyampah sumpah serapah ke apa ke, aku nak sampaikan kenapa korang perlu kahwin dengan si ulat buku. 

Ulat buku yang aku cintai isteriku, atau aku beri gelaran kepada beliau, Pak Hamka Junior disebabkan ketaksubannya kepada Pak Hamka. Kami mempunyai banyak perbezaan, namun dalam kebanyakan itu kami berkongsi minat yang satu, MEMBACA.

Sebab-sebab kenapa korang perlu kahwin, cinta, jatuh cinta, melamar, si ulat buku adalah :

Cintailah Ulat Buku!

Jan 4, 2015

Antara syndrome orang yang mula minat membaca adalah kita akan beli buku baru walaupun buku lama tak habis baca. Lebih baik gila buku daripada gila bayang.

Pernah aku tanya kepada seseorang yang luas pengalamannya dalam bidang akademik, apakah pandangannya jika terdapat pendapat orang yang mengatakan kita tidak boleh membaca buku seperti Bible atau Karl Max selagi akidah kita tidak kuat, atau asas Islam kita tidak mapan? Atau buku Haraki tak habis baca lagi? Aku bersependapat dengan beliau kerana aku sendiri mempunyai pengalaman seperti situasi berikut.

Setiap orang mempunyai spiritual journey yang tersendiri, malangnya spiritual journey aku bermula dengan mengenal falsafah yang banyak teorinya. Aku tiada masalah pun jika orang lain tidak membaca buku haraki asalkan membaca. 

Suka aku petik kata-kata Syeikh Muhammad al-Ghazali :

"Aku tidak takut terhadap manusia yang berfikir sekalipun di sesat kerana dia akan pulang ke jalan kebenaran. Tetapi aku takut terhadap manusia yang tidak berfikir sekalipun mendapat petunjuk kerana dia akan menjadi seperti bulu yang ditiup angin."

Bacalah

Jan 1, 2015

Abi minta aku untuk hantarkan kerusi malas kepada pak cik aku yang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, anaknya masuk hospital disebabkan kemalangan. Maklumlah, hospital tu sesak gila, katil pesakit sampai ada yang kat luar pintu wad, harapnya kerusi malas tu dapatlah memberi keselasaan sikit. Budak medic macam aku ni mulalah berlagak macam doktor, tengok pesakit-pesakit, sambil-sambil tu nak diagnos apa penyakit mereka ni. Ah, poyo saja aku ni. Sebenarnya berat hati aku nak menghantar kerusi malas ni, tapi aku tekadkan niat nak berjumpa pak cik aku yang sudah lama tidak ketemu.

Tiba sahaja aku di katil saudara aku yang kemalangan tu, aku terus berlagak matang, bertanya khabar. Matang sungguh, tapi kalau dah jumpa kawan, masuk air jugak aku. Pak cik aku tersenyum lebar dan terima dengan seronoknya kerusi malas yang aku bawa. Lupa cerita derita aku yang malas pada awalnya nak datang jumpa pak cik aku ni. Seronok rupanya dapat bantu orang.

Seimbang

Dec 16, 2014

Hujung minggu terasa sunyi, maklumlah posting JKM di Beranang ni. Siapa pernah rasa faham sajalah, jika ikutkan hati, mahu sahaja tidur setiap masa. Tiba-tiba teringatkan jemputan daripada Abe Bie untuk join Akademi Politik Budi. Sepertimana PKR ada Sekolah Politik, DAP ada Sekolah Demokrasi, kini Pemuda PAS membawa sekolah politik versinya tersendiri. Biar pun agak terlambat, lebih baik daripada tiada langsung.

Sidang Parlimen Belia

Aksi kemuncak dalam akademi. Aku berada dalam kumpulan kerajaan diberi tugasan untuk memperdebatkan dan mengusulkan rang undang-undang membenarkan penjualan cakerapadat pornografi. Nama tajuk pun dah tak Islamik dah.

"Kalah tajuk Sekolah Politik", ujar sahabat yang merupakan alumni Sekolah Politik.

Liberal sungguh.

Mencari Jalan

 
ZUHAIR MASIRAN © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com